Wednesday, May 06, 2009

[Reprint] Gugurkan Tuduhan dan Bebaskan Sdr Wong Chin Huat

Kenyataan Media Untuk Edaran Segera

Saya kesal dengan tindakan pihak polis yang bertindak menahan aktivis sosial, Sdr Wong Chin Huat dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Adalah difahamkan beliau ditahan kerana mengadakan satu persidangan media menyeru awam untuk memakai pakaian hitam pada 7hb Mei 2009 sebagai satu tanda protes terhadap rampasan kuasa oleh barisan nasional di Perak. Seruan Sdr Wong agar orang ramai mengambil pendekatan memakai pakaian hitam sebagai satu tanda protes merupakan pendekatan yang tidak bersalahan dengan hak beliau sebagai warganegara Malaysia dan amalan Demokrasi. Penahanan ini jelas memperlihatkan wajah sebenar pentadbiran baru pimpinan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak yang baru berusia satu bulan ini. Saya menyeru agar segala tuduhan di bawah Akta Hasutan terhadap Sdr Wong Chin Huat digugurkan dan beliau dibebaskan serta merta.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

Dewan Rakyat Malaysia

No comments: