Monday, November 29, 2010

Semasa Wan Azizah membela nasib Melayu yang miskin, PERKASA belum lahir lagi!

PERKASA Arman Azha Abu Hanifah fitnah Dr Wan Azizah seperti "pelacur politik".

Tetapi saya nak ingatkan PERKASA Arman, semasa Dr Wan Azizah membela nasib Melayu yang miskin dan juga rakyat yang hidup dalam keminkinan dan kesusahan, PERKASA belum lagi lahir! Dan di mana Arman berada?

Apa yang PERKASA dan Arman pernah buat? Sekarang baru tahu buat bising pula!
Pergi tengok, duit rakyat dan kemiskinan rakyat disebabkan oleh siapa? Siapa habiskan wang Petronas???

Kesian PERKASA, kesian Arman....

Sunday, November 21, 2010

"Pro-ISA", Pengkhianat Rakyat yang sebenar!

Kira-kira 50 Pemuda Umno Pulau Pinang dan orang ramai berkumpul sekitar kompleks Komtar sebagai 'membalas' forum yang membincangkan akta ISA.

Peserta perhimpunan 'pro-ISA' - dipimpin ketua Pemuda Umno negeri Norman Dhalan dan Naib Presiden Persatuan Peniaga Komtar Abdul Ghani Mohammad Jiman - menjeritkan slogan "Hidup ISA!", "Halau pengkhianat!" dan "Hanya pencuri dan penyanggak takut ISA".

Mereka ini Pemuda UMNO lah benar-benar ialah pengkhianat rakyat dan negara!
Mereka sokong ISA kerana ingin menggunakan ISA untuk menutup kebenaran dan keadilan.

"Pro-ISA", pengkhianat yang sebenar!

Sunday, October 31, 2010

[Reprint]Bina Kuasa Rakyat, Kuburkan Hegemoni UMNO

Persoalan di hadapan kita:

Penganjur telah bertanyakan tiga soalan yang cukup relevan, iaitu -

1) Adakah kerajaan BN yang diterajui oleh Najib adalah sebuah regim fasis atau menuju ke arah fasis?

2) Apakah pula pendirian yang harus rakyat pelbagai kaum pegang terhadap regim tersebut?

3) "Di manakah jalan keluar Rakyat jelata dibawah pemerintahan regim fasis?"

Persoalan ini cukup tajam dan jitu. Namun saya hendak menambah dua lagi soalan yang ada kaitan dengan tiga soalan di atas, dan dua soalan ini adalah persoalan yang paling pokok untuk zaman transisi ini:

1. Adakah rejim UMNO-BN akan tumpas?

2. Adakah mereka akan hilang kuasa secara aman dan senyap atau mereka akan lawan sehingga akhir?


Bacalah jawapannya di

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11219!

Saturday, October 23, 2010

Go ahead, French strike!

French strike! Good fight! Fight the oppression!
Workers, students and the people all over the world, let's follow!
One country follow by another country, start our strike! Solidarity for change!

Monday, August 30, 2010

Rakyat Bersatu Menentang Kezaliman BN!

Kesimpulan: UMNO-BN tidak hormat hak-hak rakyat, main politik kotor, rasuah, zalim, racist dan tidak berprinsip demokrasi!

The main reasons cited by Malays for their dissatisfaction with Umno are that its politicians only care about self interest and are not interested in needy Malays (15 per cent); its politicians are busy playing politics (13 per cent); and corruption and abuse of power (12 per cent).

For the Chinese, the main reasons for their dissatisfaction are that Umno is unfair to non-Malays (24 per cent) and that it is too dominant, aggressive and racist (23 per cent).

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/still-a-way-to-go-for-umno-poll-shows/

Saya sokong Kelantan saman Petronas berhubung royalti minyak

Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.

Pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan!

Tumbangkan UMNO-BN, sokong PAS-KeAdiLan-DAP!

[Reprint] Isu Bukan Islam Masuk Masjid

Bagaikan menahan lukah di pergentingan, UMNO dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka. Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, UMNO dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini.

Rasulullah benarkan bukan Islam masuk masjid

Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)."

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.


Sila baca:
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11052

Monday, August 02, 2010

Urgent appeal: Police intolerance to freedom of assembly

Urgent appeal: 01 August 2010

Police intolerance to freedom of assembly, 25 arrested at vigil to oppose ISA

The authority’s intolerance to peaceful assembly continued, when the police arrested 21 persons at Padang Timur, Petaling Jaya and 4 at Penang during a nationwide candle light vigil in conjunction with 50 years of ISA before the event started. Police had move into Amcorp Mall to arrest most of the peoples.

Those people arrested at Petaling Jaya are:

  1. Syed Ibrahim – chairperson of GMI
  2. Suresh Kumar
  3. Mohd Fiqtriey
  4. Naqiuddin Sahar
  5. Albert Ang Yik Chuan
  6. Yew Hun Ng
  7. Bahrulhisham
  8. Enalini Elumalai
  9. Arulchevan
  10. Mien Lor
  11. Thilaga Sokiapillay

  1. Tsuing Han See
  2. Kohila Y.
  3. Bawani K.
  4. Parames E.
  5. Sivaranjani
  6. Lee Wei Ni
  7. Ng Yap Hwa
  8. E. Sarawanen
  9. Xavier Sim Yoon Han
  10. Aiman Siew Teck Meng

Those peoples arrested at Penang are:

  1. Choo Chon Kai
  2. Kris Khaira
  3. Darshan Singh
  4. Ong Jing Cheng – Suaram Penang branch Coordinator

Beside the above, the Kelantan vigil’s coordinator Zaidi Musa and Hamidi Musa were hold by police for investigation after the vigil successful reach to the end.

SUARAM strongly condemns the police for their continued attacks on freedom of expression, a fundamental right which is guaranteed under the Universal Declaration of Human Rights and the Federal Constitution of Malaysia.

Released By,

Moon Hui

SUARAM Coordinator

Urgent action needed:

Please write protest letters to the government and the police to express your strongest condemnation of the arrests and the ongoing denial of rights of expression. Please also demand the Malaysian government to allow Malaysian citizen to practice their freedom of expression as stated in Federal Constitution.

Please call and send your protest letters to:

1. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya

Ibupejabat Polis DaerahPetaling Jaya

Polis Diraja Malaysia

Petaling Jaya

Jalan Pencala

46050 Selangor

Tel: 03-79662222

Fax: 03-79548740

2. Ketua Polis Negeri Selangor

Ketua Polis Negeri Selangor

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

Polis Diraja Malaysia

40000 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-55145222

Fax: 03-55195175

3. Inspector-General of Police
Tan Sri Musa Hassan
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
50560 Bukit Aman,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +603 2262 6015
Fax: +603 2272 5613

SAMPLE LETTER

[Letterhead of your organisation]

Inspector-General of Police
Tan Sri Musa Hassan
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
50560 Bukit Aman,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603 2262 6015
Fax: +603 2272 5613

Dear Sir,

Re: Release the 25 persons arrested

We are writing to you to express our outrage and our strongest condemnation over the arrests of 25 individuals at Padang Timur and Penang just now (01 August 2010). They were arrested for attending to the nationwide candle light vigil in conjunction with 50 years of ISA. They had brought to the Petaling Jaya district police headquarters and Pulau Penang Jelutong police station.


We are appalled by the police's latest actions and view this as yet another attempt to intimidate Malaysian citizens from exercising their freedom to express their views.


We demand that the two to be released immediately and unconditionally. We further demand that the police force should stop the assault on freedom of expression and focus on fighting of crime.

We would like to remind you that freedom of expression is guaranteed in the Universal Declaration of Human Rights as well as the Federal Constitution of Malaysia.

Yours sincerely,

[Name]

Friday, June 04, 2010

Vindicate Tiananmen Square Democratic Movements and June 4th Massacre

The year 2010 marks the 21th anniversary of the Tiananmen Massacre, also known as the June Fourth Massacre. On 3 and 4 June 1989, China government conducted widespread arrests of protesters and their supporters, cracked down the protests around China, banned the foreign press from the country and strictly controlled coverage of the events in the press.

International community will not forget the Tiananmen Massacre and will continue to support the call to demand the accountability.

Tuesday, June 01, 2010

Condemn Israel attack on an aid ship

Israel soldiers attacked an aid ship which carrying aid to the Gaza Strip.

Israel soldiers’ practice is inhumane, unprofessional and violates human rights. They are well trained and armed with advanced weapons, so that they have no reason to simply kill the people on the ship.

Israel should bear the responsibility and apologise to the victims’ family.

Thursday, May 27, 2010

France Telecom workers and Foxconn workers suicides because of capitalism

France Telecom workers and Foxconn workers suicides, not the personal problem, but the capitalism!

We should change the world system.

Wednesday, April 28, 2010

Remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dibunuh oleh polis

N. Surendran, peguam bagi keluarga Aminulrasyid Amzah remaja yang ditembak polis berkata, apa yang berlaku kepada mangsa adalah satu pembunuhan.

Petikan dari harakahdaily.net

Thursday, April 22, 2010

Jabatan Perdana Menteri dan Rosmah memberi tekanan kepada NTV7 supaya "Editor's Time" tak boleh bincangkan isu PR Hulu Selangor

Huang Yi Zhong (nama terjemah) producer kepada Editor's Time, NTV7 letak jawatan pada hari ini! (Source: http://merdekareview.com/news/n/13095.html)

Beliau meletak jawatan kerana berasa kesal dan marah atas Jabatan Perdana Menteri dan YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansur, isteri kepada Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib (First Lady Malaysia) cuba mengawal dan memperketatkan ruang kebebasan media massa.

Jabatan Perdana Menteri pernah menghantar SMS kepada pihak pengurusan NTV7 dan mengadukan program tersebut. Ini kerana menteri MCA tidak dapat mempertahankan pendirian BN dan pendirian para hadirin di dalam program adalah tidak senang kepada BN.

Arahan juga diberi bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dilarang hadir dalam program tersebut.

Lebih-lebih lagi Jabatan Perdana Menteri telah melarang Huang Yi Zhong dan rakan-rakannya membuat program tentang Pilihan Raya Hulu Selangor.

Source: merdekareview, malaysiakini

Monday, April 19, 2010

Pemimpin UMNO minum arak??

UMNO selalu kutuk (sudah sampai tahap fitnah) orang tapi mereka tidak tanya kepada sendiri. Mereka juga tidak mengaku kesalahan sendiri dan langsung tidak insaf, terutamanya kesalahan dalam gunakan ISA, rasuah, menghantar polis menindas dan memukul rakyat. Apa yang UMNO lakukan bukan saja kesalahan, tetapi KEZALIMAN!

Kita harus hormat dan maaf orang yang mengaku kesalahannya. Lebih penting lagi ialah kita harus mansuhkan akta-akta yang zalim, wujudkan negara yang benar-benar demokrasi dan adil, dan hapuskan rasuah.

Kalau orang yang tidak tahu maaf, adakah mereka akan tahu jujur?

Gambar di bawah adalah sangat hangat di internet. Mereka yang dalam gambar macam kita kenal. Mereka nampak macam pemimpin/menteri negara kitalah......



Sunday, March 07, 2010

Friday, January 08, 2010

UMNOlah yang sengaja mainkan isu penggunaan kalimah "Allah"

Isu ini timbul kerana pengharaman yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penerbitan mingguan Herald Katolik yang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya dalam Bahasa Malaysia.

UMNO dan konco-konconya (MCA, Gerakan, MIC...) sudah sangat gelisah kerana mereka gagal membuat sebarang perubahan dan gagal mendapat semula sokongan rakyat. Oleh itu, mereka cuba memainkan isu penggunaan kalimah "Allah".

Mereka mem"politik"kan sebarang isu yang mereka boleh politikkan. Dengan demikian, mereka ingat mereka boleh berjaya mengalihkan perhatian orang ramai daripada kenaikan harga gula dan roti.

Tengoklah nanti. Mereka akan naik harga barang lagi. Mereka akan naikkan harga beras, tarif elektrik dan harga minyak! Oleh itu, mereka akan terus mempermainkan isu perkauman dan isu agama supaya mereka boleh gunabalik ISA.

[Reprint] Allah Untuk Semua!

http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10538

Saya amat insaf isu penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut Katolik Kristian di negara ini bakal menimbulkan pelbagai reaksi buruk seandainya penganut Islam dan penganut agama lain khususnya Kristian gagal mengawal emosi dan tidak faham isunya yang sebenar.

Perasan tersebut menghantui penulis, selaku ahli Lujnah Politik PAS Pusat ketika melangkah masuk ke dewan mesyuarat, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut pada malam Isnin, 4 Januari 2010. Silap haribulan, dalam PAS pun boleh berlaku kebrentakan.

Bermain di minda penulis adalah kesan impak dan senario, akan akibat keputusan yang bakal diambil. Berlatarbelakangkan demografi negara atau kependudukan dan pengundi yang bersifat 60-40 atau "Mixed", kesan "senjata dua mata" atau "double-edged sword" ini tidak dapat dielakkan. Sementara ada yang suka dan menyokong, tentunya ada yang akan kecewa dan marah. Itu cabaran politik plural yang mesti didepani.

Namun, penulis berazam dan mahukan keputusan yang bakal dicapai adalah satu yang dirumuskan dengan segala pertanggungjawabannya. Ya betul perhitungan politik yang bijak dan waras itu penting, tetapi dasar yang berpaksikan hujjah dan sandaran Al-Quran mesti jelas dan teguh dahulu.

Penulis benar-benar menarik nafas lega dengan keputusan. Keputusan lujnah telah pun diumumkan dan tentunya penulis tak boleh menceritakan apa yang yang berlaku di sebalik dewan tertutup itu untuk hampir tiga jam. Berikut adalah penulisan secara ilmiah sebagai perkongsian untuk tatapan umum.

Kerana kekangan ruang, isu ini wajar dilihat penulis dari 2 aspek penting.
i. Perspektif Al-Quran atau Hukum dan
ii. Perspektif Pentadbiran atau Perundangan dan kalau sisi pandang PAS apa yang dikatakan sebagai perkiraan Siasah Syariah atau Siasah dari kacamata Syariah atau tegasnya kesan baikburuk mengikut pandangan Syariah.

Isu ini timbul kerana pengharaman yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penerbitan mingguan Herald Katolik yang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya dalam Bahasa Malaysia. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan bahawa KDN salah dalam pengharaman itu berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Saya cuba huraikan kemudian secara ringkas.

Untuk pengetahuan umum, penganut agama Kristian Katolik di Sabah dan Sarawak telah menggunakan kalimah "Allah" sejak 150 tahun lalu. Kalimah Allah juga digunakan oleh penganut-penganut Sikh Gudwara. Dalam konteks negara timur tengah dan negara umat Islam lain, penggunaan nama "Allah" oleh penganut lain, tidak menimbulkan masalah sejak berzaman.

Persoalan penting yang ummat Islam di negara ini perlu faham ialah, Apakah Al-Quran mengizinkan kalimah Allah digunakan oleh penganut selain Ummat Islam? Dan apa pula pendirian ulama-ulama besar terkini atau kontemporari terhadap isu ini, khususnya dalam konteks Islam dalam dunia kini?

Jawapan ini penting dan dapat mengelakkan isu ini dipolitikkan bahkan diekspolitasi sehingga mengeruhkan suasana perhubungan baik antara-agama dan antara-budaya.

Para Ulama kerap merujuk kepada beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyebutkan bahawa Allah SWT sendiri mengiktiraf, bahawa orang-orang muskrik (yang menyembah berhala) pun mengakui bahawa Allah adalah Rabb atau Tuhan yang Mencipta atau Al-Khaliq. Bermakna mereka menerima Tuhan Yang Menjadikan Semesta Alam ini (Tauhid Rububiyah). Islam secara lengkapnya dalam bab Keimanan atau Aqidah Tauhid menerima Allah selaku Pencipta (Ar-Rububiyah) dan Pentadbir/Pemberi Hukum (Al-Uluhiyah).

Contohnya ayat dalam Surah Luqman ayat 25 : "Dan jika (Muhammad) tanyakan mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi?", Tentu mereka akan jawab "Allah". Katakanlah "Segala Puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui".

Tegasnya mereka mengiktiraf Allah tetapi hanya dari sifat "Rububiyah"(Pencipta) dan tidak selengkapnya termasuk Allah selaku Yang Mentadbir dan Memberi Hukum (Tauhid Rububiyah).

Saya merujuk kepada pandangan dua tokoh besar ulama terkini, Sheikh Yusuf Qardhawi, penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431H dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili Tokoh Maal Hijrah 1429H. Kedua-dua berpandangan bahawa penggunaan nama "Allah" adalah dibolehkan kepada penganut-penganut agama Nabi Allah Ibrahim yakni Islam, Kristian dan Judaism.

Kedua-dua berpandangan bahawa ia adalah baik untuk menjalinkan kesatuan dan perpaduan di peringkat "persaudaraan agama samawiyat", paling tidaknya. Mereka tidak mengambil sikap sempit macam sesetengah orang Islam di negara ini, bahawa Allah hanya untuk orang Islam secara eksklusif dan penganut lain tak boleh guna nama Allah atau macam suruh cari Tuhan lain pulak. Berapa banyak Tuhan yang ada? Bukankah Islam menganjurkan semua ummat manusia mengiktiraf Tuhan itu Esa atau Satu.

Perhatikan ayat di seterusnya ini. Allah sebutkan dalam Al-Quran: "....kami beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu, Tuhan kami dan Tuhan kamu, satu dan hanya kepadanya kami berserah diri".....Surah Al-Angkabut:46.

Bukankah lebih baik, mengikut logik akal waras, di samping hujah dari al-Quran dan kata Ulama tadi, supaya kita galakkan mereka juga menerima "Allah", walaupun Tauhid dan Aqidah mereka tak sempurna macam kita. Memanglah, itulah sebabnya mereka Kristian atau Yahudi atau selainnya.

Kalau mereka percaya macam aqidah kita tentang Allah, jadilah mereka orang Islam, bukanlah lagi Kristian dan Yahudi. Namun bolehkah kita paksa Aqidah kita itu kepada mereka? Tentunya tidak. Tidak ada paksaan dalam Islam.

Setelah mengizinkan agama lain menggunakan nama "Allah", maka yang lebih penting adalah supaya tidak menyalahgunakan nama "Allah" itu. Ini perlu diberikan peraturan dan keterangan seperti yang ditegaskan oleh keputusan PAS, supaya jangan ada yang menyalahgunakan perkatan Allah.

Hal ini juga dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri (gambar kiri). Ini aspek pengurusannya atau Siyasah Syariahnya, supaya dijaga maslahahnya dan dijauhkan mafsadah atau kemudharatanya. Jelasnya begitu.

Sebenarnya, perkara itulah yang dimaksudkan dengan Perkara 11(4) dan 11(5) dalam Perlembagaan Persekutuan supaya di pihak berwajib menjaga pentadbiran kebebasan bergama supaya tidak timbul huru-hara dan ketidakstabilan dan dikekalkan keharmonian. Pada waktu yang sama agama lain tidak boleh berdakwah kepada orang Islam seperti Perkara 11 (4). Ini wajib dijaga dan perlu juga peraturan. Adakan peraturan. Jangan haramkan penggunaan nama Allah, tak selesai masalah.

Sebab itu juga keputusan PAS menekankan supaya jangan ada pihak yang terlalu agresif dan melakukan provakasi sehingga mencetuskan huru-hara dan menjejaskan keharmonian antara agama dan konflik antara kaum-budaya.

Itu saja. Mengapa sampai nak berperang? Mengapa sampai nak berdemonstrasi? Kata 1-Malaysia? Mengapa perlu menimbulkan kesangsian dan syak wasangka sehingga menjejaskan keharmonian antara agama? Siapa yang mempolitikkan isu ini?

Dari sekadar memperjuangkan isu penggunaan eksklusif nama "Allah" itu, adalah lebih penting untuk ummat Islam memperjuangkan Apa yang Allah perintahkan ke atas kita, yakni menganjurkan kebaikan dan melarang kemungkaran termasuk membenteras rasuah, salah guna kuasa, pembaziran, membasmi kemiskinan, keruntuhan moral dan akhlak serta kezaliman yang diinstitusikan.

Dengan mempertegaskan sikap dan pendirian yang jauh berbeza dengan Umno, PAS telah benar-benar membawa kesedaran rakyat dalam "Politik Baru' bahawa Agama mampu menyatukan dan tidak memecahkan ummat manusia. Andainya PAS konsisten dan terus iltizam dengan kerangkan pemikiran (fikrah) ini, maka tajribah atau pengalaman ini jelasnya adalah satu penampilan baru dalam "Political Islam" yang sekaligus akan meletakkan PAS dan Gerakan Islam dipersada politik global, bagi menyumbang kepada kebangunan semula tamaddun manusia yang berteraskan nilai moral serta integriti yang tinggi dan bersendikan tuntutan agama dan wahyu.

*Dr.Dzulkefly Ahmad ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Selangor.