Wednesday, May 27, 2009

Najib UMNO bangkitkan isu komunis, tujuan hanya untuk mengalih perhatian!

Kebelakangan ini, UMNO dan media UMNO, Akhbar Utusan cuba membangkitkan isu komunis.

Najib Tun Razak berkata, "Kerajaan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali menetap diMalaysia."

Najib berkata, kepulangan bekas pengganas itu hanya akan menimbulkan rasa tidak puas terutama sekali kepada pejuang negara dan ahli keluarga mereka yang terkorban angkara pemberontakan PKM dari tahun 1948 hingga 1981.

“Ada semacam usaha yang berbau komunis cuba dihidupkan oleh badan-badan yang tidak berdaftar dan kami dapat hidu. Ada juga yang cuba menghidupkannya melalui parti politik,” kata Ahmad Zahid Hamidi.

Komunis tidak boleh diberi tempat di negara ini kerana dosa mereka membunuh beribu-ribu rakyat Tanah Melayu pada ketika itu tidak boleh dilupai, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Selain itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan semula dokumentari kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) dan bekas pemimpinnya, Chin Peng bagi menyedarkan rakyat supaya tidak terus menyokong kumpulan berkenaan.

Chin Peng hanya satu orang tua yang hilang segala-galanya. Apatah salah pun Chin Peng, harus kita semua yang beragama dan berakhlak maafkan dia. Walaubagaimana pun, dia pun pernah mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun apabila pihak Inggeris telah melarikan diri. Nampaknya pemimpin-pemimpin UMNO langsung tidak tahu macam mana maafkan orang.

alkisah, ada seseorang yang selalu meludahi Nabi Muhammad s.a.w. setiap Nabi melewatinya. suatu ketika, orang itu sakit, hingga Nabi tidak melihatnya. Nabi lalu bertanya kepada sahabat, “dimana gerangan orang tersebut?” ketika sahabat menjawab, “ia sedang sakit”, Nabi bergegas meninggalkan sahabat dan mengunjungi orang tersebut. orang tersebut, yang terharu atas kelembutan hati Nabi Muhammad s.a.w., lalu mengucap 2 kalimat syahadat, dan masuk Islam.

ketika ditanya mengapa Nabi malah mengunjungi orang yang selalu menyakitinya, Nabi menjawab, “aku memaafkan orang lain, bahkan sebelum ia meminta maaf.” sungguh mulia teladan yang dicontohkan Rasulullah s.a.w. ! bandingkan dengan kehidupan kita sekarang dimana yang sering terjadi malah prinsip sebaliknya, yaitu “aku tidak memaafkannya, walaupun ia telah meminta maaf.”

Lihatlah Rasulullah s.a.w. beliau sangat pemaaf, tengok UMNO itu, bukan saja berhati busuk tetapi langsung tidak tahu ertinya maaf.

Selain itu, dulu komunis bukan saja terdapat kaum Cina, tetapi juga terdapatnya ramai Melayu. Mereka pernah mempertahankan tanah air kita juga. Mereka ialah Adullah CD, Rashid Maidin dan lain-lain.


Mari kita tengok,

Mengapakah UMNO tiba-tiba membangkitkan isu komunis? Apakah tujuan mereka cuba hangatkan isu tersebut? Kalau saudara-saudari pandai, anda mesti dapat merasa ada udang di sebalik batu.

Yang kita pasti, UMNO membangkitkan isu komunis bukan demi kebaikan rakyat, tetapi untuk kebaikan UMNO sendiri.

Kita pun tahu UMNO semakin mengalami kekalahan di pilihanraya. Ini diesebabkan UMNO merupakan sebuah parti yang rosak dan hilang kemanusiaan, mereka hanya tahu mengaut keuntungan, makan rasuah dan merampas sumber bumi untuk peminpin-peminpinnya sendiri.

Mereka sering menggunakan Akta-akta yang kejam (seperti ISA dan lain-lain) untuk mezalimi pihak pembangkang dan rakyat jelata yang berani kerana benar.

Oleh kerana kedudukan UMNO semakin lemah (kerana rasuah dan zalim), mereka sudah tidak berupaya dalam membangunkan negara, membahagikan kekayaan secara adil dan saksama dan membina negara yang lebih demokrasi dan berakhlak tinggi, UMNO cubalah memainkan isu-isu komunis. Mereka ingat isu tersebut boleh mewujudkan ketegangan antara kaum-kaum di negara ini.

Begitu zalim UMNO sanggup mempertahan kedudukan dan kekayaannya dengan memperbodohkan rakyat dengan isu komunis dan lain-lain.

Sudah sangat jelas, Najib dan UMNO-BN mainkan isu komunis hanya semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan dan "kekayaan dan harta-benda" mereka.

Sungguh kejamnya UMNO!

No comments: