Wednesday, June 17, 2009

Tokoh yang amat dihormati -- Tok Guru

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat merupakan pemimpin yang amat dihormati.

Rumah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka Kelantan BELUM ADA lagi pemimpin Malaysia yang mampu menandingi kezuhudan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, lihat saja rumahnya, inilah rumah untuk seorang menteri besar selama 17 tahun memerintah Kelantan, tidak berpagar, jauh lagi berpengawal.

Cakapnya perlahan, tapi isinya dalam, beliau dihormati kawan dan lawan, baik Dr Mahathir, Ku Li, bahkan Lim Kit Siang sendiri.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ialah Menteri Besar Kelantan yang ke-5. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang mulia.

Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan.

Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu. Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.

Mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat Memandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.

Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.