Monday, February 16, 2009

Siapa boleh mempertahankan hak-hak orang Melayu?

Soalan-soalan yang paling penting di Malaysia:

Siapakah boleh mempertahankan hak-hak orang Melayu?
UMNO? Sultan?

Siapakah boleh mempertahankan hak-hak orang Cina?
MCA? GERAKAN?

Siapakah boleh mempertahankan hak-hak orang India?
MIC? PPP?

Siapakah boleh mempertahankan hak-hak orang Kadazan-Dusun?
PBS?

Siapakah boleh mempertahankan hak-hak orang Dayak?
PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu)?

Bukan! Semua jawapan di atas adalah salah!
Jawapan sebenarnya ialah rakyat sendiri! Hanya rakyat sendiri boleh membebaskan sendiri!
Hanya rakyat sendiri boleh mempertahankan hak-hak sendiri!

Pemimpin-peminpin parti politik (terutamanya pentadbir) adalah golongan atasan. Mereka mempunyai syarikat sendiri. Kekayaan dan sumber negara kita adalah di dalam tangan mereka. Merekalah yang mencipta pelbagai kata-kata tipu bagi mencapai matlamat mereka. Mereka adalah tidak dapat tahu kesusahan hidup rakyat jelata.

Miskin dan kesusahan adalah rasa yang sama bagi semua orang (rakyat), tidak kira apajua warna kulit atau agama.

Kita rakyat sendiri perlu mempertahankan hak-hak asasi manusia sendiri. Percayalah kepada semua rakyat. Rasa "Miskin dan kesusahan" adalah sama bagi Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak......

Marilah bersatu, semua rakyat!

Apakah itu hak-hak bagi semua orang?
Tiada orang suka hidup dalam ketakutan.
Tiada orang suka hudup dalam kesusahan.
Tiada orang suka hidup tanpa bersuara.
Tiada orang suka hak kepercayaannya disekat.

Pada lazimnya, hak asasi manusia ialah:
1. kebebasan daripada ketakutan
2. kebebasan daripada kemahuan
3. kebebasan bersuara
4. kebebasan kepercayaan.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia

No comments: