Friday, January 08, 2010

UMNOlah yang sengaja mainkan isu penggunaan kalimah "Allah"

Isu ini timbul kerana pengharaman yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penerbitan mingguan Herald Katolik yang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya dalam Bahasa Malaysia.

UMNO dan konco-konconya (MCA, Gerakan, MIC...) sudah sangat gelisah kerana mereka gagal membuat sebarang perubahan dan gagal mendapat semula sokongan rakyat. Oleh itu, mereka cuba memainkan isu penggunaan kalimah "Allah".

Mereka mem"politik"kan sebarang isu yang mereka boleh politikkan. Dengan demikian, mereka ingat mereka boleh berjaya mengalihkan perhatian orang ramai daripada kenaikan harga gula dan roti.

Tengoklah nanti. Mereka akan naik harga barang lagi. Mereka akan naikkan harga beras, tarif elektrik dan harga minyak! Oleh itu, mereka akan terus mempermainkan isu perkauman dan isu agama supaya mereka boleh gunabalik ISA.

1 comment:

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.