Mengenai tempoh lama yang diambil pihaknya untuk menjalankan siasatan, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata ia adalah prosedur biasa dalam setiap penyiasatan yang dilakukan oleh suruhanjaya itu.
Dari jawapan Mohd Shukri, kita boleh mendapati bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah biasa dengan mengambil tempoh masa yang panjang dalam siasatan. Tindakan SPRM adalah tidak perikemanusiaan dan melanggar piawai hak asasi manusia.
Diadapati bahawa Teo Beng Hock (Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah) tidak dibenarkan menjumpa peguam dan rakan, dia juga tidak diberi makanan oleh SPRM.
SPRM turut merampas beberapa dokumen termasuk sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU), selain menahan Teo. Rampasan SPRM juga adalah tidak sah dan halal, kerana SPRM adalah tidak mengikut prosedur yang munasabah, dan juga tanpa waran serta dokumen mahkamah.
Kes ini memberi kesan buruk kepada keyakinan masyarakat akan keselamatan pihak saksi yang ditahan oleh SPRM kerana pihak saksi seharusnya dijaga dari segi keselamatan ketika berada di bawah tahanan SPRM.
Vui Kong get new lease of life <3
11 years ago
No comments:
Post a Comment