Kaum pekerja menjadi mangsa percaturan politik dan ekonomi dunia!
Kini, para pekerja dibelenggu dengan masalah krisis ekonomi dan berhadapan dengan risiko kehilangan kerja. Sehingga Mac 2009, seramai 26,000 pekerja telah kehilangan kerja mereka. Sementara itu, Malaysian Empolyers Federation (MEF) menganggarkan 200,000 pekerja akan kehilangan kerja pada tahun ini. Angka ini jauh lebih tinggi berbanding dengan krisis ekonomi yang berlaku tahun 1998, di mana hanya 85,000 pekerja yang hilang pekerjaan kerja mereka. Perkara yang lebih meruncingkan adalah pakar ekonomi menganggarkan krisis ini akan berlanjutan selama 2 tahun lagi! Jadi, berapa banyak lagi yang akan kehilangan mata pencarian??? Bagaimanakah nasib mereka??
Baru-baru ini pihak kerajaan telah mengumumkan pakej perangsang ekonomi yang berjumlah RM60 billion sebagai tambahan kepaa pakej pertama yang berjumlah RM7 billion. Namun, kedua-dua pakej tersebut tidak mempunyai program yang konkrit untuk membantu para pekerja yang hilang kerja seperti Tabung Pemberhentian Kerja yang disaran oleh MTUC dan juga JERIT.
Walaupun pekerja bukan punca krisis ekonomi namun mereka yang sering menjadi mangsa. Kami rakyat Malaysia membantah sekeras-kerasnya penyaluran wang berbillion ringgit untuk membantu membangunkan syarikat swasta yang langsung tidak memberi sebarang manfaat kepada kami! Kehidupan rakyat harus diutamakan dahulu!
Oleh itu, kami menuntut supaya pihak kerajaan:
i)Mengubal Akta Gaji Minima RM1500
Pada tahun 2007, pihak Kerajaan yang telah mengumumkan kenaikan gaji sehingga 35\% kepada kakitangan sektor awam dan tambahan kenaikan sebanyak 20\% untuk pihak polis. Kerajaan mengakui kos sara yang tinggi adalah faktor utama bagi kenaikan gaji tersebut.Namum peningkatan yang sama tidak diberikan kepada 10 juta pekerja swasta di Malaysia.
Gaji pokok yang diterima oleh pekerja kilang di kebanyakkan tempat adalah sekitar RM350 hingga RM480 sahaja. Statistik MTUC menunjukkan 2 juta pekerja di Malaysia hanya menerima RM600 gaji sebulan. Statistik Kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-8 menunjukkan 25\% daripada rakyat Malaysia memperolehi pendapatan sekeluarga kurang daripada RM1,000 sebulan. Jadi adalah amat wajar dan tepat masanya untuk pihak Kerajaan menggubal Akta Gaji Minima untuk memastikan pekerja mendapat pendapatan yang bermaruah.
Memberi gaji bulanan kepada mereka yang dibuang kerja untuk 6 bulan atau sehingga mereka dapat kerja.
ii)Mengimplementasi Tabung Pemberhentian Kerja dimana tabung ini memainkan peranan membuat pembayaran kepada pekerja yang syarikatnya muflis. Dalam banyak situasi, apabila syarikat muflis, para pekerja tidak akan mendapat sebarang wang pemberhentian kerja.
Kerajaan harus memperuntukan 0.5 billion untuk memulakan tabung ini. 5 billion telah dikeluarkan dari KWSP dan diberikan kepada Value Cap. Kerajaan hanya perlu ketepikan 10\% dari jumlah ini untuk memulakan tabung pembuangan kerja.
iii)Mewujudkan Peluang Pekerjaan. Kini tahap pengangguran 3.5\%. Kadar ini akan meningkat akibat krisis ekonomi dan taraf hidup rakyat akan menjadi lebih teruk. Justeru itu Kerajaan mesti menyediakan peluang pekerjaan kerana jaminan pekerjaan adalah satu hak asasi manusia. 7 billion yang dicadangkan oleh Dato Najib Tun Razak sebelum ini dan 60 billion sekarang untuk pelbagai Projek Infrakstruktur harus dibayar terus kepada JKR, Lembaga Perumahan Negeri, Majlis Tempatan dan Agensi kerajaan yang lain dengan syarat dana ini digunakan untuk memberi pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang mengganggur.
Jika anda menyokong petisyen ini, sila nyatakan nama, no kad pengenalan dan komen anda.
Tandatangan sini! Sign here!
http://www.petitiononline.com/pmayday/petition.html
Vui Kong get new lease of life <3
11 years ago
No comments:
Post a Comment