Sunday, September 30, 2007

Struggle

My friend send me a poem:

Struggle.


Great strength is brought with pain,
From out the strife,
From out the storms that sweep
The human soul___
Those hidden tempests
Of the inner life___
Comes forth the lofty calm
Of self-control.

Peace after war. Although
The heart may be trampled
And plowed like a torn battle field,
Rich are the fruits that follow victory,
And the battle grounds
The fullest harvests yield.

Strong grows his arm who breasts
A downward stream,
And stems with steady stroke;
The mighty tide
Of his own passions. Sore
The wrench may seem,
But only he is strong
Whose strength is tried.

To toil is hard, to lay
Aside the oar,
To softly rise and fall
With passion's swell,
Is easier far. But when
The dream is o'er
The bitterness of waking
None can tell.

To float at ease, by sleepy
Zephyrs fanned,
Is but to grow more feeble
Day by day;
While slips life's little hour
Out, sand by sand,
And strength and hope together
Waste away.

He only wins who sets
His thews of steele
With tighter tensions for
The prick of pain;
Who wearies, yet stands fast;
Whose patient zeal
Welcomes the present loss
For future gain.

Toil before ease; the cross,
Before the crown.
Who covets rest, he first
Must earn the boom.
He who at night in peace
Would lay him down,
Must bear his load amid
The heats of noon.

__Ellen P. Allerton.

Tuesday, September 25, 2007

Boycott Chief Justice Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim presides at the Federal Court

This is following the revelation of a shocking video showing senior lawyer VK Lingam on the phone allegedly with Ahmad Fairuz on fixing the appointment of judges.

Bar Committee chairperson R Ravindra Kumar said that the issues raised in the video suggested corruption and blatant executive interference with the judiciary.

"Investigation on the protagonist on the video and all the persons named or mentioned as well as on all the matters raised in it (the video) is warranted," said Ravindra.

Video: http://www.youtube.com/watch?v=_oK5S3J-qlI

Please read the transcript here: http://www.malaysia kini.com/ news/72608

Thursday, September 20, 2007

[Sharing] 12 persoalan besar di Batu Buruk belum terjawab

Episod kekecohan yang menyaksikan keganasan pihak polis di Batu Burok, Kuala Terengganu, 8 September telah berlalu hampir seminggu. Sebahagian besar daripada 23 orang awam ditahan polis telah dibebaskan dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Dua mangsa tembakan ‘peluru hidup’ polis yang masing-masing dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan juga dilaporkan beransur sembuh. Dua mangsa tembakan ‘peluru hidup’ polis yang masing-masing dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan juga dilaporkan beransur sembuh.

Untuk renungan dan bahan fikir bersama, berikut diperturunkan beberapa persoalan dan tandatanya tersebut:

1. Kerosakan harta awam dianggarkan RM500 ribu oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT). Exco Datuk Rosol Wahid pula dalam kenyataan berasingan mendakwa nilai kerosakan itu mencecah RM1 juta (biasa lah tu, pemimpin BN memang selalu melebih-lebih dalam hal seumpama ini). Kerosakan itu didakwa dibuat “perusuh” yang dikaitkan dengan para penyokong PAS yang hadir malam itu.

Anehnya, segala kerosakan yang berlaku seperti papantanda jalan, lampu isyarat, pasu bunga dan lain-lain itu sebenarnya terletak di dalam zon yang dikawal polis. Sepanjang kekecohan memuncak, tidak ada orang awam dibenarkan memasuki kawasan jalan sepanjang 200 meter dari persimpangan lampu isyarat merentasi depan Kediaman Seri Iman hingga ke stesen minyak Esso di situ. Maka menjadi tanda tanya, siapa bertanggungjawab memecah dan merosakkan harta awam itu?

2. Puluhan buah motosikal dan kereta dilaporkan mengalami kerosakan teruk kesan pukulan benda tumpul (kayu atau batu). Gambar-gambar sebahagian kenderaan yang rosak itu turut disiarkan akhbar. Antara gambar itu menunjukkan lokasi motosikal yang rosak itu hanya beberapa depa dari sepasukan polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sedang berkawal.

Apakah munasabah orang awam melakukannya dan dilihat sahaja oleh anggota FRU? Lagi pun, kenderaan yang rosak itu adalah milik orang awam, bukan milik anggota FRU atau polis. Sedangkan pertembungan malam itu antara polis dan orang awam. Apakah munasabah orang awam merosakkan kenderaan mereka sendiri? (Bunyinya macam tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim tumbuk muka dia sendiri dululah!)

3. Ada orang awam menceritakan telah melihat sekumpulan anggota polis mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang (pasar utama di tengah bandar Kuala Terengganu) beberapa hari sebelum kejadian. Mereka itu dikatakan telah memborong kesemua ‘bidas’ (lastik, orang Kedah sebut ‘terbir’, orang Putih kata ‘catapult’). Untuk apa lastik-lastik itu diborong polis?

4. Insiden bakar bendera negara turut dipertikaikan. Gambar disiarkan akhbar Berita Harian, 10 September menunjukkan seorang pemuda lengkap bertopi keledar sedang membakarnya di tengah jalanraya yang agak lengang. Berdasarkan gambar itu, dipercayai jurugambar yang merakamkan insiden itu berada tidak jauh dari si pembakar itu.

Mungkin jurugambar tersebut adalah orang paling wajar disoalsiasat, siapa sebenarnya pemuda itu? Apakah gambar tersiar itu satu-satunya gambar dirakamnya ketika itu, atau ada lagi gambar-gambar lain yang merakamkan imej lebih jelas mengenai pembakar bendera itu?

5. Lebih dipersoalkan banyak pihak, apakah pemuda itu sebahagian dari kumpulan pemuda yang datang untuk mendengar ceramah PAS atau dari kumpulan lain? Bajunya tidak menampakkan sebarang tanda basah atau berpeluh, menunjukkan dia belum begitu lama di situ, tidak sebagaimana yang lain.

6. Ada juga eyewitness mendakwa melihat seseorang dari dalam sebuah kereta menghulurkan bendera negara yang menjadi bahan bakar itu kepada pemuda tersebut dan menyuruhnya membakar. Jika benar begitu, bermakna bendera itu bukan disentap di situ ketika kekecohan berlaku, tetapi sengaja dibawa dari tempat lain oleh orang misteri yang berkereta itu.

7. Ada juga eyewitness menyaksikan kedatangan sekumpulan mat rempit sejurus selepas keadaan agak reda. Mereka ini memang menjadikan laluan yang terlibat dengan kekecohan itu sebagai track perlumbaan mereka saban malam. Tidak payah diberitahu, mereka ini memang menyimpan dendam dengan pasukan polis kerana sering mengganggu akvititi malam mereka.
Mereka ini dikatakan tumpang sekaki “mengamuk” dan melakukan kekacauan sebagai melepas geram terhadap pasukan polis. Apakah mustahil mereka ini turut terlibat membakar bendera, kon polis dan melakukan kerosakan-kerosakan lain itu?

8. Keengganan pihak Polis Daerah Kuala Terengganu mengeluarkan permit untuk perhimpunan malam itu turut dipertikaikan. Pertama, telah beberapa kali lokasi sama dijadikan pentas ceramah melibatkan nama-nama besar dalam pembangkang seperti Mohamad Sabu, Anwar dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri. Majlis-majlis tersebut berjalan lancar dan aman, tiada kekacauan atau gangguan keselamatan, selagimana tiada kacau ganggu pihak polis.

9. Pihak polis memberikan alasan tidak mengeluarkan permit ceramah kononnya kawasan perumahan itu didiami golongan elit, pegawai kerajaan dan orang ternama. Justeru sebarang majlis ceramah akan menghasilkan gangguan bunyi kepada penghuni taman itu.

Juga dibangkitkan soal gangguan kepada para pelancong yang menginap di chalet dan resort berdekatan. Sedangkan lokasi sama terletak hanya beberapa ratus meter dari pentas utama Pantai Batu Buruk. Di situ saban bulan (kekadang tu saban minggu), berbagai bentuk bunyi bising dikumandangkan, tidak kira siang mahu pun malam. Mengapa tidak ditimbulkan soal gangguan bunyi dari pesta hiburan itu?

10. Soal bantahan yang didakwa dari penduduk setempat juga tidak sukar difahami. Mana ada orang Umno yang suka ceramah PAS diadakan berdekatan rumah mereka? Jadi, jika diraikan setiap bantahan orang Umno, nescaya tidak akan ada peluang bagi PAS untuk menganjurkan majlisnya di kawasan-kawasan awam. Apakah polis tidak pernah mengeluarkan permit untuk majlis Umno/BN jika dibantah penduduk setempat dari kalangan PAS?

11. Tindakan FRU melepaskan gas pemedih mata tanpa mengira tempat juga amat dikesalkan. Ia dihalakan bukan sahaja ke arah orang ramai yang cuba disuraikan, tetapi turut disasarkan ke arah kedai makan yang sedang dipenuhi pelanggan. Kanak-kanak yang berada di dalam kedai itu, termasuk anak-anak pemilik kedai, turut menerima kesan gas tersebut.

Apakah aspek keselamatan orang awam yang tidak ada kena-mengena dengan kekecohan itu tidak diambil kira terlebih dahulu oleh polis? Apakah semata-mata atas alasan menyuraikan perhimpunan haram, polis dihalalkan bertindak apa cara sahaja?

12, Tindakan seorang anggota polis melepaskan ‘peluru hidup’ sehingga mencederaparahkan dua orang awam sangat dipertikaikan. Anggota polis itu mendakwa kononnya beliau diserang, lalu memaksanya melepaskan tembakan demi mempertahankan diri.

Apa pun alasan dan dakwaan yang cuba dikemukakan, rakyat tidak dapat menerima ia sebagai tindakbalas yang wajar. Lain lah kalau orang yang didakwanya menyerangnya itu juga bersenjata. Apatah lagi diambilkira sebab kenapa beliau “diserang” itu, ialah kerana orang ramai melihat beliau cuba melakukan provokasi di tengah-tengah hadirin.

Dipetik daripada:
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/12-persoalan-besar-di-Batu-Buruk-belum-terjawab.html

Pendapat saya:
Saya berasa kes tersebut adalah muslihat UMNO. UMNO cuba melakukan kekecohan untuk cuba melemahkan PAS yang dapat mengugat kepentingan UMNO. Kita perlu jelas bahawa parti yang rasuah, zalim dan rosak adalah selalu takut kepada Parti yang menegakkan keadilan. Saya percaya bahawa kes tersebut adalah dibuat oleh pentadbir sendiri.

Tuesday, September 18, 2007

UPM buat lawak! Dakwa Yee simpan risalah, bahan lucah

UPM VC defends seizure of student's laptop! Shame !
Shame on him!


Analisis/komen:
Amat hairannya dan kecewanya bahawa Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah mengeluarkan kata-kata yang tidak rasional dan profesional dari segi undang-undang dan akademik. Adakah Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah masih layak menjadi Naib Canselor UPM?

Seseorang yang tidak rasional dan profesional bukan sahaja tidak layak jadi Naib Canselor dan juga adalah tidak layak menjadi ahli akademik.

Unit keselamatan UPM mengambil komputer riba milik, telefon bimbit serta MP3 bernilai RM6,000 malam Jumaat lalu (14/9/2007) tanpa sebarang kebenaran pemilik adalah kes jenayah. Tindakan Unit keselamatan UPM adalah merupakan rompakan dan kecurian. Kes rompakan dan kecurian adalah di bawah kes-kes jenayah.

Jika
Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah mengeluarkan statement menyokong tindakan unit keselamatan, ini bermaksud Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah bersuhabat dengan unit keselamatan untuk melakukan rompakan dan curian. Mereka bukan sahaja mencuri tetapi merompak!

Adakah Perompak dan pencuri boleh menjadi kaki keselamatan dan ahli akademik? Ini adalah kes hairan di Malaysia.
Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah dan ketua Unit Tugas Khas (UTK) bahagian keselamatan UPM harus dibawa ke mahkamah untuk dibicari kesalahan mereka.

Selain itu, tuduhan
Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah adalah sejenis fitnah di sisi undang-undang ataupun agama. Laptop (komputer riba) telah dirompak oleh UTK pada Jumaat yang lepas. Mereka boleh menghancurkan password dengan senang dan seterusnya meletakkan atau "install" apa-apa saja dokumen dan file ke dalam laptop. Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah boleh buat apa-apa saja tuduhan dengan sesuka hati. Adakah dia seorang ahli akedemik atau seorang yang rasional dan profesional? Tuduhan Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah jelas sekali menunjukkan bahawa dia telah bersuhabat dengan UTK untuk melakukan jenayah.

Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah harus letakkan jawatan atau dipecat.


Update:
Bahasa Melayu
http://www.malaysiakini.com/news/72571
Universiti Putra Malaysia (UPM) mendakwa seorang pelajarnya, Yee Yang Yang telah melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) kerana menyimpan bahan lucah dan bahan cetak tanpa kelulusan pihak berkuasa universiti dalam kawasan kampus.

Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah berkata siasatan bahagian keselamatan universiti tersebut telah menemui risalah dalam bilik Yee yang dicetak oleh persatuan yang tidak berdaftar.

"Komputer ribanya juga mengandungi banyak bahan lucah," katanya dalam satu kenyataa hari ini sebagai mengulas laporan media mengenai dakwaan Yee yang pihak keselamatan universiti memecah masuk ke bilik asramanya pada 14 September 2007 dan merampas komputer riba serta lain-lain barangan miliknya.



English Version http://www.malaysiakini.com/news/72569
Universiti Putra Malaysia (UPM) vice-chancellor Nik Mustapha R Abdullah today defended the action of campus authorities in seizing a student activist’s laptop and 12 other items during a spot check on his hostel room.

Nik Mustapha said the student, Yee Yang Yang, was suspected of having leaflets produced by ‘unregistered' organisations and that his laptop contained pornographic material.

He said the authorities acted according to procedure and described Yee’s accusation that UPM was attempting to intimidate him due to his political leaning as a “lie.”

"The action taken by the UPM security department was in accordance with the rules and regulations that relate to disciplinary violations made by Yee. His accusations are lies," said the VC.




Rumusan berita dari www.harakahdaily.net:
Menurut wakil BMB yang mengedarkan risalah insiden-insiden yang didakwa berlaku di kampus UPM,salah seorang mahasiswa mangsanya adalah Yee Yang Yang yang telah dirampas komputer riba, telefon bimbit, pendrive serta beberapa dokumen-dokumen penting.

Antara keterangan risalah yang diedarkan menyebut bahawa; kejadian tersebut didakwa dilakukan semasa satu sesi soal siasat yang dijalankan terhadap Yee Yang selama dua jam selepas dipanggil masuk ke bilik mesyuarat Kolej 13 oleh Pengetua dan Felo kolej, Mohd Fakhrurazi Mustapha serta tiga orang yang tidak dikenali selepas perjumpaan bersama pengetua kolej 13 berhubung kes kehilangan telefon bimbit.

Anehnya, semasa soal siasat tersebut, beliau telah disoal tentang Persatuan Bahasa Tionhua, BMB serta risalah-risalah berkaitan PRK.

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9795&Itemid=50

Monday, September 17, 2007

UPM security ‘stole’ laptop

University Putra Malaysia security personnel allegedly broke into a student’s room and illegally confiscated a laptop computer and other electrical goods and documents.

The incident involving four security personnel occurred Friday at Yee Yang Yang hostel 13 between 11pm until 1am the following day.

According to Yee, the security guards were conducting a spot check on two rooms in his hostel with his room being one of them.

Yee was then subjected to a interrogation session where the security guards had allegedly demanded to know why he was involved in politics.

“I asked them: You (security guards) said earlier that you were looking for a stolen mobile phone, why are you asking me about politics?” said Yee when contacted.

Subsequently, the guards carted away Yee’s laptop computer, mobile phone and MP3 player valued at RM6,000. Documents were also confiscated.

Together with several friends, Yee confronted one of the four security guards yesterday afternoon and demanded for his belongings to be returned.

When all failed, Yee lodged a police report at the Sri Serdang police station.

He plans to lodge an official complaint with the university authorities and the Public Complaints Bureau soon.

Click Video here.


More Details: http://www.malaysiakini.com/news/72467

Thursday, September 06, 2007

Ada apa yang lebih penting daripada kehidupan? Karajaan terus menganiayi rakyat.

Kerajaan Malaysia bukan sahaja kejam tetapi juga pandai dalam mengatur strategi untuk menjalankan semua penindasan terhadap rakyat.

Walaupun semua penindasan kepada rakyat adalah penindasan hak-hak asasi manusia tetapi kerajaan sentiasa cuba mengatakan golongan ditindas tersebut cuba membangkitkan isu perkauman. Kerajaan kita ini memang kejam, zalim dan handal dalam mengatur muslihat serta memesongkan isu sebenar.

Dalam tahun ini, banyak penindasan telah dilakukan oleh kerajaan. Termasuknya sejarah hitam yang terukir pada 20 November 2006 apabila benteng manusia di Berembang telah dirempuh dengan ganas oleh pihak FRU dan penguatkuasa MPAJ. Mereka dipukul, ditendang dan dihambat dengan kayu. Pergelutan berlaku kerana para penduduk dan sukarelawan enggan membiarkan surau berkenaan dirobohkan.

Setelah berjaya, meleraikan benteng manusia yang didirikan oleh penduduk, beberapa orang penguatkuasa MPAJ dilihat meluru ke dalam surau dengan memakai kasut but dan menendang barang-barang yang ada disamping memecahkan semua tingkap surau. Pada masa yang sama mereka menemui sekumpulan kanak-kanak dan orang dewasa yang turut berkubu didalam surau.

Selepas itu, pada bulan September, kerajaan menjalankan operasi bersepadu bagi mengurangkan ternakan khinzir daripada lebih 100,000 ekor kepada 48,000 ekor di kawasan Bukit Beruang, Paya Mengkuang dan Man Lok. Penduduk-penduduk Melaka tersebut akan hilang rezeki hidup dan harta apabila pembunuhan khinzir dan perobohan kandang dijalankan. Walaupun penternakan khinzir adalah haram di sisi Islam tetapi penternakan ini adalah hanya-hanya sumber hidup mereka. Penternak-penternak hanya manusia yang biasa. Kehidupan mereka harus dijaga. Walaupun mereka bukan Islam, mereka tetap mempunyai hak asasi sebagai seorang manusia. Kerajaan patut memberi bantuan kepada mereka untuk mengurangkan pencemaran dan bukannya menghapuskan mereka.

Tidak susahlah untuk memperhatikan bahawa, kerajaan akan terus menindas rakyat tanpa mempedulikan kaum, agama, umur dan jantina.

Kita perlu memberi kehormatan dan sokongan kepada penduduk-penduduk tersebut yang berani bertindak menghalang pihak berkuasa daripada menjalankan operasi menutup ladang babi mereka.

Hidup rakyat! Hidup perjuangan! Bersatu menentang kezaliman tanpa mengira kaum dan agama!