Saturday, July 21, 2007

Pulihkan pilihanraya dan demokrasi, himpunan rakyat 10 November 2007!

Semalam (20 July 2007, Jumaat), saya telah menghadiri Konvesyen BERSIH yang bertemakan 'Bersihkan Pilihan Raya, Kembalikan Hak Rakyat'. Begitu ramainya hadiran-hadirin! Harapan tetap di depan kita! Hidup perjuangan rakyat! Teruskan perjuangan dan usaha kita!

Beberapa keping gambar telah diambil dengan handset yang uzur saya.


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mengisytiharkan 10 November depan sebagai tarikh himpunan besar-besaran rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bebas serta adil termasuk memulihkan demokrasi negara yang semakin pincang.

Konvesyen BERSIH pada semalam (20 July 2007) yang bertemakan 'Bersihkan Pilihan Raya, Kembalikan Hak Rakyat' turut dihadiri oleh para pimpinan tertinggi parti politik seperti Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang , Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Penaja Parti Sosialis Malaysia Dr Nasir Hashim, beberapa pimpinan serta Ajk PAS Pusat dan 25 wakil-wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti CIJ, Jerit, Wami, Aliran, Gamis, Dema termasuk persatuan mahasiswa.

Ustaz Hadi yang turut berucap dalam konvensyen itu merasa terharu dengan kesungguhan serta sokongan yang ditunjukkan oleh hadirin yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang agama malah sanggup bersatu padu dalam menentang kezaliman pemimpin BN dan memastikan agar demokrasi berjalan dengan lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata.

"Walaupun berlainanan ideologi dan fahaman agama,kita wajib bersatu menentang kezaliman," ucap beliau disambut dengan tepukan gemuruh khalayak yang hadir.

"Perubahan tidak akan berlaku jika kita tidak berani membuat pengorbanan," katanya.





中文版:

哈迪阿旺强调,若人民不团结,不愿牺牲、不敢勇敢站出来诉求改变,那么改变将不会自然诞生。

“照亮黑暗的光明,须要肯点燃自己的蜡烛;而被歪曲的选举,必然会选出背叛人民的领袖。独立的意义并不只意味驱逐殖民者,而是反对不公平的暴政”
他也庆幸我国多元种族民众能够汇集在隆雪华堂,一起为公平选举而发出呼声。





No comments: