KALAU ISU KAMI TIDAK SELESAI! KAMI AKAN KEMBALI LAGI !
PENDUDUK KAMPUNG BEREMBANG DI KEMENTERIAN PERUMAHAN!
Khamis 26/7/2007
Pagi ini, penduduk Kampung Berembang diberi sedikit harapan oleh Dato Sallehudin B.Yeop Mat Deli selaku Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara yang menerima memorandum penduduk Kampung Berembang bagi pihak i Dato Seri Ong Ka Ting di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan apabila beliau berjanji akan menyelesaikan masalah perumahan 68 keluarga yang telah diabaikan oleh kerajaan negeri.
Seramai 200 orang yang terdiri daripada penduduk kg.Berembang, penduduk kampung-kampung peneroka di Selangor dan Kuala Lumpur, aktivis dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), kumpulan pelajar, DEMA dan kawan-kawan NGO dan individu yang prihatin telah berkumpul di hadapan Kementerian Perumahan di Pusat Bandar Damansara dari pukul 10.30pagi untuk menuntut Dato Seri Ong Ka Ting menyelesaikan dengan segera masalah perumahan penduduk Kg. Berembang yang kini berlanjutan untuk 9 bulan.
Kini, Sudah lima kali rumah penduduk kg. Berembang dirobohkan iaitu dari 17 Nov 2006 hinggalah 7 Mac 2007, namun penduduk tetap membina rumah dan menduduki kawasan bersebelahan Kg.Berembang. Mereka tidak gentar kepada kuasa kerajaan negeri yang kini membalas dendam mereka kerana melawan dan mendakwa kerajaan negeri di mahkamah atas penggunaan ordinen 69 ( pembersihan setinggan).
Pemaju yang beria-ia merobohkan rumah pada satu ketika, kini cuba jadi budak baik di mana dalam satu perjumpaan yang dipengerusikan oleh SUHAKAM dan dihadiri oleh wakil pemaju dan wakil penduduk pada 27/6/07, wakil pemaju mengaku mereka sedia bagi rumah di projek perumahan Berembang Indah tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian kerana menunggu arahan dari kerajaan negeri. Manakala dalam satu kenyataan akhbar (KOSMO- 19/4/07) kerajaan negeri telah menyatakan seolah-olah pemajulah yang bertanggungjawab untuk menawarkan rumah.Apa yang pasti , kerajaan negeri sedang membalas dendam, pemaju pula berlindung di belakang kerajaan negeri.
Dalam perjumapaan dengan Dato Sallehudin pagi ini, pada awalnya beliau telah menyatakan pendirian kementerian untuk tidak campurtangan dalam isu Kg.Berembang kerana ia melibatkan tanah dan isu tanah adalah dalam bidang kuasa kerjajaan negeri dan bukannya dalam bidang kuasa kementerian. Kemudian Dato Sallehudin telah menawarkan Perumahan di Projek Perumahan Rakyat- sewaan (PPR) di sekitar Selangor yang menurutnya penawaran PPR adalah dalam bidang kuasa kementerian.
Namun pendirian ini telah dibantah oleh wakil-wakil kampung yang diketuai oleh Sdr. Noralizan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Kg. Berembang yang kemudiannya telah menerangkan sikap kerajaan negeri yang sedang membalas dendam dan pemaju yang sedia tawarkan rumah tetapi dihalang oleh kerajaan negeri. Berkenaan dengan perumahan PPR, penduduk bukannya tidak mahu terima tawaran itu tetapi PPR adalah sementara dan sewaan manak ala penduduk mahukan satu rumah sendiri yang tetap.Memandangkan lokasi Projek Perumahan Berembang Indah adalah dekat maka mereka sanggup membelinya jika ia ditawarkan kepada mereka. Maka wakil-wakil kampung telah menuntut YB Menteri menggunakan kewibawaan politik untuk berbincang dengan kerajaan negeri dan pemaju. Maka Dato Sallehudin pun setuju untuk membawa isu ini kepada pihak Menteri dan seterusnya mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini.
Keputusan Dato Sallehudin ini amat dialu-alukan tetapi pada masa yang sama jika kementerian gagal mengambil tindakan dengan segera maka penduduk berjanji akan kembali ke kementerian dengan lebih ramai orang untuk menuntut hak mereka!
Hidup rakyat!
Hidup Perjuangan!