Thursday, January 26, 2006

MAHASISWA MENUNTUT DEMOKRASI KAMPUS : PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA PERDANA MENTERI

MAHASISWA MENUNTUT DEMOKRASI KAMPUS :

PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA PERDANA MENTERI


Putrajaya, 25 Jan 2006


Pagi ini jam 10.30, pelajar mula berkumpul di Putrajaya – Pejabat Perdana Menteri, suatu tempat yang melambangkan kuasa tertinggi ataupun hegemoni di Malaysia. Pelajar yang datang melebihi seratus orang. Mereka datang dari universiti-universiti yang berlainan di Malaysia. Mereka telah datang untuk menuntut hak mereka iaitu mengembalikan demokrasi kampus yang telah dicabuli oleh pihak kerajaan.


Pegawai-pegawai Universiti Putra Malaysia (UPM) juga berdatang beramai-ramai ke perhimpunan pelajar dan anak muda tersebut. Kononnya mereka hendak mengambil gambar dan video untuk menakutkan pelajar-pelajar. Namun begitu, pelajar-pelajar kita masih berbual-bual dengan rakan seperjuangan mereka dengan begitu tanang dan gembira sekali.


Pelajar-pelajar dan anak muda dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gabungan Anak Muda Pelajar (GAMP) telah berjaya buat pertama kali mengadakan demonstrasi di depan Pejabat Perdana Menteri.


Permulaan program ini adalah menarik. Ini kerana "prop gantung" yang dibuat oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Food Not Bomb (FNB) telah dihalang oleh polis semasa prop tersebut sedang diangkat ke depan pintu Pejabat Perdana Menteri. Pelajar berunding dengan special branch (SB) untuk membenarkan prop itu dibawa.

Semua pelajar mendekati SB tersebut dan mengelilinginya. Pelajar-pelajar mengeluarkan playcard dan kain banner yang ditulis "mansuhkan AUKU", "pulihkan demokrasi kampus", "kita nak jumpa PM" dan sebagainya. Wartawan-wartawan turut mengambil gambar. Pelajar-pelajar juga menyanyikan lagu demokrasi.


Tidak lama kemudian, SB tersebut diarah oleh Inspektor supaya membenarkan pelajar dan anak muda meneruskan perhimpunan mereka.Pelajar dan anak muda pun mula mengangkat prop, kain banner dan playcard mereka ke pintu depan Pejabat Perdana Menteri. Wakil pelajar telah masuk ke dalam Pejabat Perdana Menteri dan menghantar memorandum bantahan dan tandatangan sokongan pelajar kepada Perdana Menteri.


Semasa menunggu wakil keluar, ucapan-ucapan yang begitu semangat telah diberi oleh setiap wakil organisasi.


Selain itu, aksi merobohkan prop gantung mahasiswa telah diadakan di depan pintu pejabat PM. Drama syair yang menyeru mahasiswa-mahasiswi bangun melawan penindasan juga dilangsungkan untuk semua pelajar dan anak muda. Pelajar dan anak muda juga menyanyi tiga lagu demokrasi kampus ciptaan sendiri. Slogan-slogan "Hidup Mahasiswa" dan "Student Power" juga dilaungkan.


Akhirnya, wakil SMM telah berjaya menghantar memorandum tersebut kepada wakil PM, Huzairi Zainal Abidin (Pengurus Unit Pengurusan Sumber Manusia ) walaupun pada mulanya mereka dihalang oleh pegawai-pegawai pejabat PM.


Dalam memorandum tersebut, mahasiswa-mahasiswi menuntut:

PERTAMA, satu jawatankuasa bebas yang dipengerusikan sendiri oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia sendiri untuk menyiasat segala aduan berhubung pencabulan demokrasi kampus, penafian hak asasi mahasiswa di universiti dan kebebasan akademik sebagaimana yang telah diadu oleh mahasiswa Malaysia.


KEDUA, suatu draf pemurnian demokrasi kampus segera dibentangkan dalam parlimen dan diwar-warkan dalam media massa perdana demi membuktikan kerajaan Malaysia cukup demokratik dan sangat peka dengan isu pencabulan hak asasi mahasiswa dan sebagainya.


KETIGA, Dato' Dr. Shafie Salleh, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia agar dipecat oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia memandangkan reputasi buruk beliau sepanjang menjawat jawatan Menteri KPT sebelum ini. Niat murni ini selari dengan keputusan Perdana Menteri sendiri untuk merombak kabinet kerajaan Malaysia yang sedia ada agar lebih baik.


KEEMPAT, jaminan rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri agar Pilihanraya Kampus akan datang di seluruh IPT di Malaysia akan lebih demokratik demi memastikan kepemimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) jauh lebih dinamik dan ikhlas dalam membela hak asasi mahasiswa.


KELIMA, AUKU 1970 (pindaan 1975) dimansuhkan kerana jelas bertentangan dengan Hak Asasi Manusia (mahasiswa). SMM mewakili mahasiswa Malaysia bersedia untuk mehulurkan pandangan demi menggubal satu akta yang lebih mesra mahasiswa dan jauh lebih demokratik.

KEENAM, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia agar mengarahkan pihak berwajib untuk menggugurkan segala pertuduhan ke atas 15 aktivis mahasiswa di bawah akta AUKU.


Sebelum pelajar dan anak muda pulang, mereka bersama-sama mengambil gambar mereka sendiri dan melaungkan slogan "Student Power" dan "Hidup Mahasiswa".

Mereka akan meneruskan perjuangan selagi kampus dan negara belum adanya demokrasi dan diskriminasi tidak dihapuskan lagi.


Hidup Perjuangan Pelajar! Hidup Perjuangan Anak Muda!

Mansuhkan AUKU!


Disediakan oleh,

Lua Khang Wei

Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP)

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Sunday, January 22, 2006

Berani kerana benar! Mari kita memperjuangkan demokrasi!

Berani kerana benar! Mari kita memperjuangkan demokrasi!

Pada tahun 1969-1974, pekerja-pekerja ladang dan penduduk peneroka bandar ditindas oleh kerajaan. Apabila pelajar-pelajar universiti mendapati perkara tersebut, mereka bangun dan berdiri bersama rakyat Malaysia. Mereka melaungkan suara mereka kepada kerajaan untuk menghentikan penindasan terhadap rakyat.

Oleh kerana penentangan yang cukup kuat dilancarkan oleh pelajar-pelajar universiti, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digubal pada tahun 1971 dan dipinda menjadi lebih ketat pada tahun 1975 oleh kerajaan. Pelajar tidak dibenarkan menyuarakan pendapat, menubuhkan persatuan dan berhimpun tanpa kebenaran Naib Canselor. Pelajar juga dilarang bersimpati terhadap mana-mana kesatuan atau parti. Kesatuan Pelajar (Students Union) telah dimansuhkan dan ditukar kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kuasa Kesatuan Pelajar telah diambil alih oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEM). Tujuan AUKU adalah seperti Akta Keselamatan Negeri (ISA), untuk menakutkan sesiapa yang ingin menentang kezaliman dan penindasan.

Pergerakan pelajar telah ditekan kuat dan menjadi diam sehingga tahun 1998 berlakunya Reformasi. Pelajar-pelajar universiti bangkit semula untuk menentang kezaliman ISA dan masalah rasuah negara yang semakin serius.

Bermula pada masa itulah pelajar-palajar universiti menjadi aktif semula. Mereka telah giat berorganisasi dalam kampus. Mereka menubuhkan pelbagai organisasi demi perjuangan demokrasi kampus dan juga demokrasi negara. Isu hak asasi rakyat ditindas sentiasa dibangkitkan di kampus. Mereka cuba mengaktifkan semula MPP. Untuk mengaktifkan semula MPP, mereka berusaha menabur pemikiran demokrasi di kampus dan menawan MPP untuk meperbesarkan ruang demokrasi.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar di semua universiti mula menekan pelajar-pelajar. Pelbagai peraturan ketat telah dibuat oleh pihak universiti (Bahagian Hal Ehwal Pelajar). Tujuannya adalah untuk mengkongkong pelajar dan mewujudkan suasana ketakutan. Antaranya seperti Kod Etika Pakaian, kewajiban bergantung Matrik Card, Book Plan yang mewajibkan membeli buku dan juga kelas ditutup pada waktu malam.

Aktiviti-aktiviti pelajar juga dikawal dengan ketat. Aktiviti yang tidak berdaftar walupun berfaedah kepada masyarakat telah ditekan kuat oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti. Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti cuba menguasai MPP dengan menghantar pelajar-pelajarnya. Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti ingin mempergunakan pelajar tersebut untuk memecahkan perpaduan pelajar supaya pelajar-pelajar tidak dapat bersatu untuk menentangnya. Apabila mereka tidak dapat menawan MPP, mereka cuba memperketatkan peraturan pilihan raya kampus. Pelbagai cara yang keji telah dilakukan oleh mereka. Termasuk pegawai BHEP dan kolej dihantar untuk menyerbu bilik siswa-siswi pada waktu tengah malam. Pelajar-pelajar yang mengundi atau menyokong Gabungan Pelajar telah dikeluarkan daripada terus tinggal di kediaman kolej.

Pelbagai cara yang bersifat ugutan telah digunakan terhadap pelajar-pelajar yang cuba memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia. Sistem E-undi yang tidak telus turut digunakan di pilihan raya kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Tahun ini (2005), 21hb September, suatu gabungan pelajar, Solidatiti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah melancarkan protest besar di Parlimen supaya Menteri Pengajian Tinggi mengambil tindakan terhadap penyelewengan dan penindasan yang berlaku di semua universiti. Tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Bahkan keadaan di universiti menjadi semakin serius. Bilik Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) telah dikunci oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Selain itu, ramai pelajar diugut oleh Pegawai Bahagian Keselamatan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Seorang pelajar UM, Karim pula dipukul oleh pegawai universiti UM. Seorang pelajar UPM, Lua Khang Wei pula dikepung oleh 30 orang pegawai dan pelajar BHEP. E-undi yang tidak telus juga masih dijalankan di kampus UPM dan UIA. Akhirnya, semua pilihan raya MPP telah dimenangi oleh pelajar yang dipergunakan oleh BHEP. Pertama kali Bahagian Hal Ehwal Pelajar menguasai MPP dengan cara yang kejam.

Dalam proses pilihan raya kampus, walaupun pelajar-pelajar ditekan kuat oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, pelajar-pelajar tetap memperjuangkan hak mereka. Pelajar UPM, USM, UTM dan UIA melancarkan kempen boikot pilihan raya MPP untuk menentang sistem pilihan raya yang tidak adil.

Pada 7hb Oktober, SMM melancarkan perarakan ke SUHAKAM dengan mengangkat keranda yang menandakan kematian demokrasi kampus. Laporan penindasan dan penyelewengan dihantar kepada pihak SUHAKAM. Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP JERIT) juga memberi bantuan dan sokongan penuh dalam tindakan memperjuangkan demokrasi kampus. Kreativiti yang cukup mengagumkan telah ditunjukkan oleh anak muda dan pelajar.

Selepas itu, tekanan yang lebih kuat lagi dilakukan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti. 5 orang pelajar UPM, 3 orang pelajar UM dan seorang pelajar USM dihadap ke mahkamah universiti (prosiding). Mereka dituduh oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti masing-masing. Ini kerana kekuatan pelajar telah mengoncang kedudukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan penyelewengan universiti telah dihebohkan. Akan tetapi, semua pelajar tidak mengaku kalah. Pihak UM telah mula undur dan ingin mengadakan perbincangan. Pihak USM telah menundakan prosiding pelajar tersebut. Tinggalnya Timbalan Naib Canselor HEP UPM Dr Azali Mohemed yang masih ingin mengekalkan penindasannya.

Perjuangan pelajar diteruskan. Pada 27hb Oktober 2005, jam 10.00 pagi, 80 pelajar telah berkumpul di tepi bangunan Kementerian Pengajian Tinggi. Mereka ingin berjumpa dengan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Dr. Haji Shafie Bin Haji Mohd. Salleh. Mereka ingin mengadakan dialog dan memberitahu isu-isu dan penindasan yang berlaku sebelum dan sele

pas pilihan raya kampus, termasuk kes-kes prosiding yang berlaku pada 9 pelajar. Pelajar berjaya menghantar kad gergasi yang penuh dengan tuntutan. Timbalan Naib Canselor HEP UPM, Dr. Azali Mohamed dan semua pegawai HEP UPM telah hadir pada masa itu. Nampaknya mereka terpaksa datang ke Kementerian Pengajian Tinggi.

Program demi program akan diadakan oleh kumpulan pelajar untuk memulihkan demokrasi kampus dan hak pelajar. Perjuangan pelajar akan diteruskan sehingga demokrasi kampus dipulihkan, akta diskriminasi dimansuhkan dan hak rakyat dijamin.

Pulihkan demokrasi kampus! Mansuhkan AUKU!

Hidup perjuangan pelajar! Hidup rakyat!


Disediakan oleh,

Lua Khang Wei

Gabungan Anak Muda dan Pelajar, JERIT

Monday, January 09, 2006

WHY BRING CHILDREN TO DEMONSTRATIONS ?





WHY BRING CHILDREN TO DEMONSTRATIONS ?

Why bring children to demonstrations? Why not ?

In the last few days, since the water cannon treatment we received during the anti-war rally in front of the US embassy, this question was posed to me by four different people.

The first was the OCPD who ordered the water cannon laced with chemicals on people including children and elderly people. The OCPD told the press that most of the people who came didn’t know why they were there and gave the impression that they were misled into attending the demonstration.

The second character, was more surprising. It was the SUHAKAM observer, who attended the rally. He felt that the police gave the people ample of time to demonstrate and that he personally felt that children should not be there because it was not save. The third was a friend of Premesh, who questioned PSM’s motives in bringing children and community people to the demonstration. The fourth was my aunty from Penang, who saw it on TV and questioned me on what were children doing in a demonstrations. So I thought, four people, some may mean good, some not, But it is our responsibility to explain

When we watch a huge rally in a country where democracy and human rights are respected, we see huge numbers of people walking in the 4-6 lane roads. The TV camera would then focus on young children as well as old people to show that the rally has a variety of people supporting it. All watching it, would call it a successful mobilisation because the common people, the young and old were all there. The very young and the very old are seen with admiration and this creates a positive image.

The situation is a bit different here , when the local media call the demonstration illegal and unruly, and then focus on some children and giving the impression that these innocent children have been misled to attend the rally. Some of the people like my aunty was caught with this image. Here the media blames the victims and distorts the facts.

The media fail to say that in 200 other locations in the world, it was incident free.

Thinking people would ask, “ Why did the police attack a crowd or children and elderly people?” . But the role of the media is to instill fear as well as put the event in a bad light.

We need to understand what is a demonstration. In Malaysia, we have to continue to call demonstrations “peaceful demonstration” because the state has successfully blinded us to believe that demonstration means violence and illegal.

A demonstration or a protest is a carnival of expression of the people. It is colourful and it has variety. If those aspects were shown, with people singing songs, enjoying the music and shouting slogans, then we have a different perspective. Then these children and elderly citizen would not look that bad. When we organise a protest, we would want the people to enjoy and express their opinions. Most of the time, it is the state which makes a demonstration ugly like what we saw the other day.

My second argument is that, most of the community people who participated from the very young ones to the elderly ones have vast experience in handling such a situation. Most of them have been arrested before for struggling for their own issues- housing rights, farming rights, environmental issues etc. Most of them have themselves been victims of police brutality, paid thugs and in fact have more experience than a large number of Malaysian NGOs activist. They have stood in front of bulldozers who want to bring down their homes, participated in many street actions – demonstration, Have done more blockades and have stood in front of police stations fighting with police etc.

When they attend an anti war rally and get sprayed, they understand the situation. That is why you don’t see them running away when the FRU came. They are seasoned people but as everyone else, they too would feel tensed during such a confrontation. Even I feel much tensed during such encounters. When a third party, who doesn’t know these people, always look at them in a very pathetic and typical way, we have a problem. Most of these people who took part in the rally the other day were not window dressing or looking for handouts. They have learned that begging is not the solution and have moved to fighting for their rights.

My third point is that being working class people or from a lower income group, they cannot afford to hire a maid to take care of their children. Most of them would bring the whole family, while attending a meeting or when they are involved in a struggle. When they ask us, we never would stop them from bringing their family members as we believe that everyone learns from experience and this is a reality they live in.

The irony is most people(the public) don’t give a damn how these children live, what they eat and how they suffer. They don’t mind the low wages their parents take home, the houses they live in. But they do mind seeing them in a demonstration and water cannon being used on them.

During our meetings with the community, we make it a point to even ask the children’s opinion. Most of them grow with the struggle and don’t live in an artificial world like some rich kids do. Taking a line from Marx, “ It is not the consciousness of men that determines their existence, but on the contrary their social existence determines their consciousness.”. It is therefore always nice to give the children the best of the world as most parents would want to but the reality of our society is not that. There are different classes and until these classes are wiped out, we would continue to see differences. Therefore in a struggle, most of these children along with their parents and elders fight for a better world for themselves.

My fourth point, is the rule adopted by PSM and its front organisation in mobilising people. First, meetings are held at local levels to explain an event and discussions are held. Local leader would then mobilise those who are interested. In the current anti war rally, ideology discussion on the war was held at most areas. Then the people are given briefing in the bas on all aspects including security issues.

We believe that there is a dialectical relationship between their local struggle and the international struggle. Socialist believe in better world for all people and stand by the slogan of workers of the world unite and therefore it is important for these community people to understand the sufferings of working common people in Iraq as well as other parts of the world. It is only through these actions can one understand issues or can sympathise with issues faced by the refugees and migrants. The sufferings in Iraq, the death of their people is something which cannot be accepted by most people and they come out in solidarity with that. Struggling in isolation or “mind your own business” is a trend promoted by certain people especially to ensure the people remain divided.

Lenin once said that the best schools for workers is a strike. Likewise people learn a lot from getting involved. That is the challenge in front of us. To get more people involved, to get the people from various ethnic group and religion to unite, to get the old and the very young into the struggle is the task ahead of us.

Other than blaming the enemy for brining disruption to our lives, most people take the easy road in blaming the victims. It is of course easier to blame the children, the elderly and the organisers rather that taking on the state and its police.

A better world is only possible if people believe in bringing about a change. A change can only take place if the majority of the people understand where they stand and how to move forward.

Struggle we will, Win we shall.

For a better world

S.Arutchelvan

25-3-2005

GABUNGAN PEKERJA KILANG DAN KESATUAN(GPKK)

GABUNGAN PEKERJA KILANG DAN KESATUAN(GPKK)

Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK) telah ditubuhkan di bawah Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) bagi menggabungkan warga pekerja dan ahli-ahli kesatuan di industrial perkilangan untuk memperjuangkan hak mereka.

Kaum pekerja adalah tulang belakang pembangunan negara ini. Namun, nasib kaum pekerja sering dikompromi atas sebab keuntungan dan ketamakkan segelintir kecil golongan yang kaya.

Kebanyakan daripada 10.5 juta pekerja di Malaysia tidak menikmati hasil buruh dan tenaga mereka. Umpamanya, statistik MTUC (Malaysian Trade Union Congress) menunjukkan 2 juta pekerja di Malaysia hanya menerima RM600 gaji sebulan. Statistik yang diambil oleh JERIT pada tahun 2003 di kalangan pekerja-pekerja daripada 32 kilang, mendapati gaji pokok mereka adalah diantara RM350 – RM480 sebulan. Gaji sebenar pekerja-pekerja ini juga semakin rendah berbanding dengan kadar inflasi yang semakin meningkat.

Kajian yang dijalankan oleh satu organisasi sosial dengan 600 orang responden di Dataran Merdeka (NST,19/10/04)mendapati 33.3% orang tidak mempunyai cukup pendapatan untuk menyara kehidupan dan akibatnya 20% pekerja terpaksa membuat dua kerja.

Pendapatan per kapita Negara Malaysia pula melebihi RM15,000 setahun. Namun lebih 6 juta pekerja kurang mahir dan separa mahir di negara ini, sememangnya tidak mendapat gaji setinggi ini.

MASALAH PEKERJA

GPKK/JERIT sering menerima banyak aduan berhubung dengan penindasan di tempat kerja. Antaranya ialah:

  • Jangka masa kerja dilanjutkan dari 8 jam ke 12 jam sehari secara paksaan.
  • Pemotongan elauns kedatangan, kerajinan, pengangkutan dan sebagainya untuk perkara-perkara remeh temeh à pekerja lambat datang 1 minit, ambil cuti sakit, punch card tak betul dan sebagainya maka gaji akan dipotong secara sewenang-wenangnya.
  • Tekanan di tempat kerja yang melampau akibat syarat-syarat kerja yang ketat seperti pemasangan kamera untuk mencari kesalahan pekerja agar satu minit pun tidak dibazirkan. Contohnya diberi had masa untuk masuk tandas,target mesti dicapai dalam masa yang ditetapkan, didenda jika ada barang reject, dll.
  • Persekitaran dan suasana kerja yang tidak selamat. Contohnya kerja berdiri sepanjang masa, suasana kerja panas dan tanpa sistem pengudaran yang baik, pendedahan kepada bahan kimia dan mikrochip sehingga merosakkan organ badan dan mengakibatkan pelbagai penyakit. Latihan untuk pekerja juga kurang memuaskan. Tekanan sebegini menjadi punca kemalangan perindustrian. Statistik kerajaan amat mengerunkan - 81,810 kemalangan industri pada tahun 2002 dengan 858 kematian. Sektor pengeluaran yang mempunyai hampir 3 juta pekerja menghadapi 33,523 kemalangan dengan 214 kematian. Sehingga September 2003, 55,509 pekerja dilaporkan mendapat kemalangan perindustrian dimana 635 daripada mereka menemui maut!
  • Pekerja dihentikan kerja dengan sewenang-wenangnya tanpa notis yang secukupnya, tanpa pampasan adil dan tanpa proses rundingan dengan pihak pekerja sebelum pihak majikan mengambil tindakan menutup syarikat, memindah syarikat atau mengurangkan pekerja. Sehingga 9 Oktober 2004, seramai 15,688 pekerja hilang pekerjaan dan di sektor pembuatan 9,263 pekerja di buang kerja.
  • Pemangsaan dan ugutan dihentikan kerja jika terlibat dalam kesatuan sekerja. Menurut MTUC, 92% pekerja adalah unorganised workers (8% pekerja dalam kesatuan). Ini bererti majoriti pekerja tidak mendapat pembelaan atau tidak ada hak untuk berunding dengan majikan.

TUNTUTAN

  • AKTA GAJI MINIMA RM900.00. Akta Gaji Minima mesti digubal untuk melindungi pekerja-pekerja bergaji rendah daripada belenggu kemiskinan dan penindasan. Sukar untuk menjalani kehidupan sihat dan bermaruah tanpa pendapatan sekeluarga kurang daripada RM2,000 sebulan. Ini kerana kos kehidupan di Malaysia terlalu tinggi akibat penswastaan dan harga barang keperluan asas tinggi à setiap bulan perlu membayar pinjaman rumah, pinjaman kereta, sewa rumah, bil air dan api, bil telefon, kos perubatan, kos pengangkutan untuk diri dan anak-anak selain pakaian, makan minum dll.

  • 40 JAM KERJA SEMINGGU. 8 jam kerja sehari, 5-hari kerja seminggu dan 2-shif kerja sahaja. Waktu kerja panjang menafikan para pekerja hak untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Ini dapat megurangkan gejala sosial. Kerja lebih masa (overtime) adalah pilihan pekerja dan tidak harus dipaksa. Kerja overtime tanpa batasan juga mengakibatkan kemalangan industri– keletihan & hilang fokus.

  • PEMBENTUKAN TABUNG KHAS. Bertujuan membantu pekerja-pekerja yang dibuang kerja. Dicadangkan majikan dan pekerja menyumbang RM1.00 dan RM0.50 masing-masing. Pada masa kemelesetan ekonomi, pekerja adalah kumpulan paling teruk menerima akibatnya à kehilangan kerja, pemotongan gaji, pengurangan overtime. Demi membantu pekerja-pekerja ini, tabung ini perlu diwujudkan untuk membantu para pekerja memenuhi keperluan asas mereka sehingga mereka mendapat kerja baru seperti mana yang terdapat di negara-negara Eropah, Scheme Social Security.

  • BONUS MINIMA 2 BULAN GAJI DAN KENAIKAN GAJI 6% SETAHUN. Bonus merupakan bayaran setahun sekali sebagai pembahagian keuntungan di antara majikan dan pekerja. Tetapi, pekerja sebagai rakan kongsi kedua hanya menerima sedekah dalam bentuk bonus daripada keuntungan syarikat. Bonus juga sering digunakan untuk mendikriminasi antara pekerja kerana ia biasanya merupakan keputusan majikan.

  • LANJUTKAN CUTI BERSALIN BERGAJI PENUH DARI 60 HARI KE 90 HARI. Suami/Penjaga harus diberi minima 7 hari cuti bergaji. Tuntutan ini penting kerana ia memberi masa yang optima untuk ibu bersalin mendapat jagaan kesihatan yang sempurna, memberi peluang ibu dan anak menjalinkan hubungan kasih sayang untuk membina asas perkembangan emosi, sosial dan mental seseorang anak dalam membina keluarga bahagian disamping galakkan penyusuan susu ibu sepenuhnya.

HAK MENUBUHKAN KESATUAN DI SETIAP KILANG & TEMPAT KERJA TANPA SYARAT/SEKATAN. Perlembagaan negara memberikan hak berpersatuan. Kesatuan sekerja perlu untuk menjamin hak dan kebajikan pekerja dan Kesatuan sekerja juga membolehkan pekerja melaksanakan rundingan dengan lebih berkesan. Oleh itu syarat-syarat dan proses pendaftaran kesatuan perlu dikaji semula.

http://www.jerit.org/gabungan/gpkk.html

POLIS PUN POLIS LAH; PELAJAR TIDAK GENTAR


JARINGAN RAKYAT TERTINDAS ( JERIT)

POLIS PUN POLIS LAH; PELAJAR TIDAK GENTAR

PELAJAR UPM TEKAD MENERUSKAN PERJUANGAN PELAJAR!

Khamis 10/11/2005 :

Hari ini, lebih kurang pada jam10 pagi seramai 70 pelajar berserta dengan graduan UPM, wakil 杦akil NGO telah berkumpul di hadapan bangunan Pusat Pentadbiran UPM untuk memberi sokongan kepada Lim Sok Swan, Ahmad Taufiq Kamarudin, Mohd Hisyamudin Ghazalih, Simon Ooi Tze Min dan Tan Kar Hing yang dituduh melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti. Tuduhan ini dilemparkan keatas pelajar ini kerana mereka berani menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dan membantah ketidakadilan dan penyelewengan dalam pilihanraya kampus. Kelima pelajar ini dipanggil untuk prosiding hari ini.

Apabila kami sampai sahaja di kawasan bangunan Pusat Pentadbiran UPM, pegawai dan staff Bahagian Keselamatan sibuk memagari bangunan tersebut. Pelajar-peajar yang ada urusan juga ditanya-tanyakan tujuan mereka. Nampaknya mereka bimbang apabila pelajar-pelajar mendekati pentadbir.

Sebahagian wakil NGO dan wartawan juga telah dilarang daripada masuk ke kawasan UPM. Mereka terpaksa tunggu di pintu masuk UPM (Guard House). Seorang wartawan Malaysiakini yang berjaya sampai ke luar bangunan Pusat Pentadbiran telah dihalau dan kertas daftar kebenarannya juga dirampas oleh seorang pegawai yang bernama Kassim. Seorang lagi wartawan Nanyang telah dihalau keluar kawasan UPM. Selain itu, peguam Lim Sok Swan tidak dibenarkan menemaninya masuk ke dalam bilik perbicaraan. Peguamnya juga tidak dibenarkan menunggu di dalam Pusat Pentadiran UPM.

Walaupun berbagai kawalan dilakukan akan tetapi kami telah meneruskan program kami di kawasan lapang bangunan Pusat Pentadbiran UPM. Walaupun pegawai-pegawai Bahagian Keselamatan cuba mengacau dan menghentikan program kami tetapi kami tetap menjalankan program yang kami hendak jalankan. Kami menuliskan harapan dan tuntutan di kad-kad kecil dan menampalnya di atas pokok palsu dan menghadiahkan kepada Lim Sok Swan yang keluar dari prosiding disebelah pagi.

Selepas itu, pihak UPM semakin melampau dan melarang ramai wartawan dan orang awam yang datang menyokong pelajar dari masuk ke dalam UPM. Maka, kami pun berjalan ke kawasan pintu utama dan protest terhadap kezaliman Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa UPM (TNCHEM UPM), Prof. Madya Dr Azali Mohmed. Kain banner dan playcard telah kami ambil untuk menyuarakan pendapat dan tuntutan kami. Wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), peguam , Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud, wakil PSM , S. Arutchelvan, DAP ADUN Bandar Klang Teng Chang Kim, DAP ADUN Lobak Loke Siew Fook, , wakil IKD Zahir Hassan dan Ketua Pemuda Selangor Chinese Assembly Hall Tan Soon Lim turut memberi ucapan. Mereka mengatakan bahawa tindakan pelajar-pelajar adalah betul dan perjuangan pelajar harus diteruskan. Mereka akan memberi sokongan sepenuhnya.

Beberapa pegawai Bahagian Keselamatan cuba menghentikan perhimpunan aman tersebut. Segelintir pelajar yang dipergunakan oleh Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa UPM (BHEM UPM) juga cuba nak membuat kekacauan. Tetapi akhirnya mereka hanya boleh cuba melihat di tepi. Apabila pegawai tersebut sudah tiada cara, mereka memanggil Light Strike Force ( polis) untuk mengusir pelajar dan orang awam. Light Strike Force hanya berdiri di depan kami dan cuba mewujudkan suasana takut di antara pelajar. Bila Light Strike Force datang, pegawai-pegawai Bahagian Keselamatan mula menjerit dengat kuat, "Ambil banner dan kad mereka." Akan tetapi kami sudahpun menghabiskan program kami pada masa itu.

Hari ini , kami telah berjaya menbuka ruang demokrasi yang lebih luas di UPM. Kami berjaya berhimpun hampir satu jam. UPM telah mencatat rekod bahawa terdapat 2 kali perhimpunan aman yang dapat melaungkan suara pelajar.

Hari ini kami bersurai dengan tekad untuk menersukan perjuangan kami ini! Apa yang berlaku hari ini hanya satu permulaan untuk satu perjuangan yang lebih besar dan bermakna. Hidup perjuangan pelajar!



Catatan:

Kes Prosiding Lim Sok Swan, Taufik, Hisyam, Ooi Tze Min, Tan Kar Hing, dan Ridhuan ditundakan dan tarikh tidak diberi oleh TNCHEP UPM.



Disediakan oleh,

Lua Khang Wei

Pelajar UPM

Wakil Gabungan Anak Muda dan Pelajar

Menteri Pengajian Tinggi Dato' Dr. Haji Shafie Bin Haji Mohd. Salleh Takut Berjumpa Dengan Pelajar-Pelajar Universiti


Menteri Pengajian Tinggi Dato' Dr. Haji Shafie Bin Haji Mohd. Salleh Takut Berjumpa Dengan Pelajar-Pelajar Universiti


Pada 27hb Oktober 2005, jam 10.00 pagi, 80 pelajar dari Solidari Mahasiswa/I (SMM) telah berkumpul di tepi bangunan Kementerian Pengajian Tinggi. Mereka telah dating untuk berjumpa dengan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Dr. Haji Shafie Bin Haji Mohd. Salleh.



Pelajar-pelajar ini ingin mengadakan dialog dan memberitahu
isu-isu dan penindasan yang berlaku sebelum dan selepas pilihan raya kampus, termasuk kes-kes prosiding yang berlaku pada 8 pelajar (bilangan
pelajar menerima prosiding sedang meningkat) baru-baru ini.



Pada jam 10.08 pagi, pelajar-pelajar pun menuju ke pintu besar Kementerian Pengajian Tinggi. Apabila kami tiba, pintu besar telah dikunci dan terdapat 5 orang penjaga keselamatan berdiri di luar pintu. Mereka menanya apa tujuan kami datang. Selepas kami memberitahu tujuan kami dan meminta mereka memberitahu Dato' Dr. Haji Shafie. Mereka sangat panik dan mula menghubungi pihak atasan. Ketua penjaga keselamatan datang dan menanya tujuan kami lagi. Kami memberi jawapan yang sama dan memintanya hubungi Dato' Dr. Haji Shafie. Nampaknya Dato' Dr. Haji Shafie begitu takut berjumpa dengan kami.



Selepas itu, dua orang pegawai Kementerian Pengajian Tinggi datang, salah seorang adalah En. Irmonizam yang ada semasa kami ke parlimen untuk menyampaikan memorandum. Mereka berkata dengan sungguh marah bahawa mereka tidak menerima sebarang temujanji dari pelajar. Mereka juga berkata pelajar harus bertamadun dan perlu fax temujanji dulu. Wakil SMM, Saudara Faqar memberitahunya bahawa kami telah fax temujanji dan
kami juga menghantar memorandum kepada Datuk Dr. Adham Bin Baba.



Saya juga memberitahu bahawa kawan-kawan datang dari tempat jauh dan memang menghadapi masalah yang serius. Kami tetap meminta mereka untuk menghubungi Dato' Dr. Haji Shafie. Apabila mereka ingin masuk semula ke dalam bangunan, seorang wartawan CIJ, Rama menanya beberapa soalan kepada mereka. Mereka tiba-tiba sangat panik dan marah lalu menanya Rama akhbar apa yang dia wakili.



Selepas itu, kami semua duduk di tepi pintu besar bangunan dan mengadakan ucapan-ucapan daripada pelajar sendiri termasuk pelajar yang menghadapi prosiding. Kami juga mengangkat poster dan banner serta
melaungkan "student power". Ini telah berjaya memaksa Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan IPT, Dato. Prof. Dr Hassan Bin Said turun berjumpa dengan kami. Dia berjanji dia boleh berbincang dengan kami sekarang
juga. Oleh kerana tujuan hari tersebut adalah berjumpa dengan Dato' Dr. Haji Shafie, kami tetap memberitahunya kami ingin berjumpa dengan menteri.



Program protest kami diteruskan walaupun terdapat SB datang mengganggu kami. Lebih kurang pukul 12 tengah hari, kami menyampaikan kad gergasi Hari Raya untuk Kementerian Pengajian Tinggi dengan melalui Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan IPT, Dato. Prof. Dr Hassan Bin Said. Kad gergasi tersebut mengandungi tandatangan dan tuntutan-tuntutan daripada 80 pelajar.


Apabila kami hendak bersurai tiba-tiba, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNCHEP) UPM, Prof. Madya Dr. Azali bin Mohamed bersama pegawai-pegawai UPM datang ke Kementerian Pengajian Tinggi. Pegawai-pegawainya membuat rakaman video dan mengambil gambar pelajar-pelajar. Kami terus mejerit nama TNCHEP UPM. Kami juga memberitahu wartawan bahawa dia pernah menyerbu bilik siswi pada tengah malam 3 pagi. TNC tersebut terus masuk ke dalam bangunan dan menunggu serta melihat kami dari di dalam bangunan. Nampaknya TNC tersebut memang takut temuramah daripada wartawan.



Akhirnya, kami berjaya menghantar kad gergasi yang menagndungi tuntutan kami pada jam lebih kurang 12 tengah hari dan buat pertama kali telah mengegarkan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi dengan laungan mahasiswa-mahasiwa yang sungguh bersemangat. Demi demokrasi kampus dan Negara, perjuangan pelajar dan anak muda akan berterusan!



Kami akan kembali lagi sehingga isu kami selesai.



Hidup perjuangan pelajar!!!!!!


Disediakan oleh,
Lua Khang Wei

Gabungan Anak Muda & pelajar, JERIT

PERJUANGAN MAHASISWA DIHIDUPKAN KEMBALI!


PERJUANGAN MAHASISWA DIHIDUPKAN KEMBALI:

MAHASISWA MENUNTUT PILIHANRAYA KAMPUS YANG ADIL & BERSIH

Jumaat , 7 Oktober 2005

Hujan lebat berserta dengan angin yang kuat menyelubungi kawasan Kuala Lumpur pada hari ini. Mungkin alam semulajadi juga marah dan sedih dengan kematian demokrasi kampus dan memberi sokongan kepada pelajar dengan caranya tersendiri.

Bagi lebih kurang 200 mahasiwa dan mahasiswi dari pelbagai universiti tempatan hujan yang lebat ini tidak melemahkan semangat tetapi meningkatkan semangat mereka untuk mengadakan perarakan aman kematian demokrasi kampus dengan KERANDA HITAM menuju ke SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA(SUHAKAM). Perarakan Aman Kematian Demokrasi Kampus yang diselaraskan oleh Solidariti Mahasiswa Mahasiswi (SMM) adalah bertujuan untuk memperingati Kematian Demokrasi Kampus dan menuntut agar hak mahasiswa dikembalikan. Di samping itu SMM, juga menyerahkan satu Laporan Pilihan Raya Kampus 2005 kepada SUHAKAM di mana laporan tersebut adalah mengandungi fakta-fakta mengenai penyelewengan Sekretariat Pilihan Raya Kampus yang terdiri daripada pentadbiran universiti. dan pencabulan hak asasi mahasiswa yang berlaku sempena pilihan raya kampus 2005 di Universiti-Universiti Tempatan.

Lebih kurang pukul 2.30 petang perarakan ini bermula daripada Masjid Negara dengan semua mahasiswa/i perpakaian serba hitam dan memegang jambangan bunga daisy putih sebagai tanda kematian. Satu lagi komponen penting dalam perarakan ini ialah keranda hitam yang ditulis demokrasi kampus dan diselimuti dengan Bendera Malaysia. Pada pukul 3.00 petang para pelajar telah samapi di hadapan Suhakam dan tiga orang wakil daripada SMM telah telah naik ke atas untuk menghantar laporan kepada Pesuruhjaya Suhakam. Sementara menunggu delegasi keluar, ucapan telah diberikan oleh wakil –wakil pelajar daripada pelbagai Universiti dan Organisasi. Mereka menyatakan bahawa pilihanraya kampus baru-baru ini bukanlah pilihanraya tetapi kematian demokrasi di kampus.

Sebagai mengakhiri majlis pengabungan semua mahasiswa-mahasiwi telah meletakkan jambagan bunga di atas keranda hitam yang telah diletakkan dihadapan bangunan tersebut. Pelbagai lagu dan slogan telah dilaungkan oleh golongan pelajar ini sebagai tanda menunjukkan solidariti mahasiswa.

Laporan Pilihan Raya Kampus 2005 telah diterima oleh salah seorang pesuruhjaya Suhakam En. N Siva Subramaniam dan laporan itu mengandungi tuntutan agar Suhakam memberi tekanan untuk mengadakan semula pilihanraya kampus 2005, dan menuntut agar Timbalan Naib Chancelor Hal Ehwal Pelajar di semua Universiti meletakkan jawatan atas sebab gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan wajarnya dan menyalahgunakan kuasa mereka.

Menurut En. Siva Subramaniam , Pesuruhjaya Suhakam, Suhakam telah berusaha untuk mengawasi pilihanraya kampus tahun ini dan laporan yang diterima akan diperbincangkan dalam mesyuarat suruhanjaya. Perarakan aman ini telah diakhiri dengan laungan slogan STUDENT POWER .

Pilihanraya Kampus adalah satu manifestasi kepada amalan demokrasi di Kampus dan ia memberi ruang kepada Mahasiswa-mahasiswi untuk memperjuangkan hak dan kebajikan mereka melalui penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar. Sejak kebelakangan ini pilihanraya kampus ini telah dicemari dengan taktik-taktik kotor yang dimainkan oleh pihak pro aspirasi yang inginkan kemenangan. Perkara yang sungguh menyedihkan lagi adalah pihak Hal ehwal Pelajar yang harus memastikan pilihanraya kampus dijalankan dengan baik pula menjadi pihak yang menyumbang kepada perkara yang terkutuk ini.

Maka perarakan yang diadakan hari ini adalah satu tindakan yang menunjukkan bahawa mahasiswa bukanlah patung boneka atau kuli-kuli pihak universiti yang dikawali oleh pihak universiti. Pembangkitan pelajar pada hari ini boleh dikatakan sebagai titik permulaan perjuangan pelajar menuntut demokrasi di Negara kita.

Hidup Perjuangan Pelajar! Kembalikan Hak Mahasiswa !

Disediakan oleh

Nalini. M

Gabungan Anak Muda & Pelajar ( JERIT)