Thursday, November 12, 2009

Fokus kepada isu hak asasi manusia dan bukanya fokus isu "pengharaman"

Setelah membaca rencana saudara tersebut, saya berpendapat bahawa pandangan saudara UTM tersebut juga tidak betul dan benar.

Pakatan Rakyat termasuknya PAS boleh menang dalam pilihan raya atau kalah dalam pilihan raya bukan kerana pengharama. Yang lagi tepat adalah kerana isu-isu rakyat.

Apakah itu isu-isu rakyat? Apa yang PAS dan Pakatan Rakyat ada dan UMNO-BN tiada? Idea "haram" kah? Idea pembangunan kah? Idea "Malaysia for all" atau "1 Malaysia" kah?

Bukan!

Apa yang tertarik sangat bagi PAS dan parti-parti dalamPakatan Rakyat?
Jawapan ialah mereka hotmati hak asasi manusia! Mereka ingin mempertahankan hak asasi manusia dan memperjuangkan demokrasi!

Itu saja yang UMNO, MCA, Barisan Nasional tiada! Dulu tiada, sekarang tiada, dan selama-lamanya pun tiada!

Saudara-saudari ataupun PAS, PKR dan DAP masih tak fahamkah?
Mereka ingat mereka boleh menang dalam pilihan raya dengan isu agama? isu haram? isu pembangunan? atau pun konsep/slogan lebih kurang sama dengan "1 Malaysia"?

Tidak!
Hanya parti-parti yang ingin sokong hak asasi manusia semua rakyat, mempertahankan hak asasi semua dan sistem demokrasi, mansuhkan ISA, mansuhkan AUKU dan akta-akta zalim dan diskriminasi, pulihkan pilihan raya tempatan, membebaskan media dan akbar, anti-kekerasan polis serta anti-rasuah yang akan dapat sokongan semua rakyat!

Sekian,

saudara-saudari, tengoklah benar-benar, sedarlah, bacalah,
PAS, DAP dan PKR disokong dan diundi, adalah kerana mereka pro-hak asasi manusia, mereka lawan demi rakyat dan keadilan.

Kalau mereka hanya fokus dalam isu agama, isu pengharaman, isu siapa nak jadi Menteri Besar, mampuslah mereka. MEreka akan kalah balik kepada UMNO-BN.
Tak percaya, tengoklah nanti!

Harap sedar...