Friday, August 15, 2008

Sokong Anwar! Merdekakan Negara dari Kezaliman dan Penindasan!

Kini, Anwar bersama dengan rakyat, merdekakan Negara dari kezaliman dan penindasan. Mansuhkan ISA! Mansuhkan AUKU! Jaga kebajikan miskin dan lemah! Mempertahankan kebebasan rakyat!

Hidup perjuangan! Lawan tetap lawan! Hidup Rakayat!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Mengenai Anwar Ibrahim

Oleh Khalid JaafarÂ

Anwar Ibrahim kini telah memasuki tahap ketiga dalam hayat politiknya. Tahap pertama bermula sebagai pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya. Sebagai presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBUM), beliau memperjuangkan perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebagai presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Anwar mula meniupkan kesedaran Islam di kalangan generasi muda. Gerakan ini diteruskan dengan lebih meluas dengan menubuh dan memimpin selama sepuluh tahun Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Meskipun tapak Anwar adalah Melayu-Islam namun sifat inklusif beliau telah kelihatan dalam kepimpinan beliau sebagai presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Anwar Ibrahim membuat keputusan decisive dalam tahun 1981. Desas desus adalah beliau akan menyertai Pas. Dan Presiden Pas ketika itu telah memberikan laluan. Semua pimpinan ABIM dan PKPIM tahu gosip tersebut. Dan hampir kesemua meramalkan dan tidak sedikit yang mahukan Anwar mengambil alih pucuk pimpinan Pas. Dan saya yang ketika itu baru menjadi pemberita di harian National Echo (mendiang) turut berpandangan begitu. Bos saya ketika itu, Datuk Sophie (bapa kepada Nordin Sophie), memberitahu saya bahawa Anwar akan menyertai UmMNO. “Saya tidak percaya,” jawab saya kepada Datuk Sophie. Anggapan saya ketika itu, sebagai anak muda baru keluar ITM, adalah setiap pemimpin muda yang idealis tidak akan menyertai kerajaan. Kalau menyertai kerajaan ia telah dibeli. Anwar Ibrahim tidak boleh dibeli. Kalau dia ingin menyertai kerajaan dia telah menerima tawaran Tun Abdul Razak sebaik sahaja dia lulus dari Universiti Malaya.




Bacalah:
http://www.permatangpauh.com/

Header image


Sunday, August 03, 2008

Internationale

Internationale is the greatest revolutionary song ever written.
This video song's lyric is very good. It is anti racism and calling all the people united.