Tuesday, February 13, 2007

Don't talk only, please sign Rome Statute of the International Criminal Court!


Malaysia's former Prime Minister Mahathir Mohamad launched a war tribunal Wednesday that plans to hold trials based on complaints by Iraqis and Palestinians against world leaders including U.S. President George W. Bush.

Mahathir said he expects Bush, British Prime Minister Tony Blair and Australian Prime Minister John Howard to be among those leaders accused of committing crimes against humanity.

Mahathir is just like a funny joker. He complains without taking any practical action. Now, he makes Malaysia also like a joker country. He always forget the oppressions and human rights violations which done by himself in his own country. Many people lost freedom, home and die in custody while he was the Prime Minister. What is really sarcasm is Mahathir did not sign “Rome Statute of the International Criminal Court “ while he still was Prime Minister. So, does he really love peace and human rights?

Thursday, February 01, 2007

UM, USM lulus, mengapa UPM tolak...

Baru-baru ini, melalui mesej e-mel daripada Jawatankuasa Penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Putra Malaysia (PBTUPM), saya amat terkejut apabila mengetahui permohonan untuk mendaftarkan PBTUPM telah ditolak oleh pihak berkuasa Hal-Ehwal Pelajar (HEP) .

Menurut mesej terbabit, pada 25 September 2006, Jawatankuasa Penubuhan PBTUPM telah mendapat surat balasan daripada HEP yang menyatakan penubuhan persatuan yang bercirikan bangsa dan bahasa adalah tidak dibenarkan serta dinyatakan larangan tersebut adalah selaras dengan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi untuk menggalakkan perpaduan erat di kalangan warga negara dan mengamalkan integrasi kaum.

Surat tersebut turut dilampirkan keratan akhbar New Strait Times bertarikh 17 September 2006 yang menyatakan Kementerian Pengajian Tinggi tidak membenarkan penubuhan persatuan bercirikan satu bangsa, budaya dan kawasan komuniti di dalam universiti.

Larangan terbabit telah ditentang oleh Jawatankuasa Penubuhan PBTUPM berlandaskan tiga rasional berikut:

• Larangan penubuhan PBTUPM bercanggah dengan perkara 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 tentang kebebasan penubuhan persatuan dan Perkara 10 Persekutuan Malaysia mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan.

• PBTUPM bertujuan untuk memperkenalkan bahasa dan budaya Tionghua, keahliannya terbuka kepada semua pelajar yang berminat tanpa mengira bangsa. Dalam masyarakat majmuk kita, mengenali bahasa dan budaya kaum masing-masing dan antara kaum, amat berguna untuk menjalin persefahaman dan perpaduan kaum.

• Padahal Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya, Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Sains Malaysia, Persatuan Bahasa Cina Universiti Multimedia, Persatuan Bahasa Melayu dan lain-lainnya, telah didaftarkan oleh HEP universiti masing-masing.

Deklarasi Barcelona

Malah di UPM sendiri, kelab-kelab bahasa dan budaya seperti Kelab Debat Bahasa Melayu, Kelab Debat Bahasa Inggeris, Kelab Debat Mandarin dan sekretariat kebudayaan kolej-kolej kediaman dan sebagainya, juga telah didaftarkan.

Jika apa yang dinamakan dasar Kementerian Pengajian Tinggi terbabit – iaitu tidak membenarkan penubuhan persatuan bercirikan satu bangsa, budaya dan kawasan komuniti di dalam universiti – maka tidak dapat dinafikan ia telah melanggar hak bahasa dan kebudayaan kaum/komuniti terbabit seperti yang ditetapkan dalam Deklarasi Sejagat tentang Hak-Hak Bahasa, Barcelona 1996 (Universal Declaration on Linguistics rights, Barcelona, 1996), di samping melanggar perkara 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 tentang kebebasan penubuhan persatuan dan Perkara 10 Persekutuan Malaysia mengenai kebebasan yang sama.

Antara lain, Artikel 15 Deklarasi Barcelona memperakui semua komuniti mempunyai hak untuk menggunakan bahasa mereka secara rasmi dalam wilayah/negara mereka.

Artikel 23 Deklarasi Barcelona memperakui prinsip-prinsip pendidikan mesti membantu kebolehan komuniti bahasa terbabit untuk mengekspresi bahasa dan kebudayaan mereka, membantu mengekal dan membangunkan bahasa terbabit, dan mengabdi kepada kepelbagaian/diverstiti bahasa dan kebudayaan.

Dan Artikel 41 Deklarasi Barcelona memperakui hak bahasa komuniti diguna, dipelihara dan ditingkatkan dalam semua bentuk ekspresi/pelahiran kebudayaan dan mempertahankan ruang komuniti daripada diduduki oleh kebudayaan lain secara hegemonik.

Tidak dapat dinafikan Dasar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi yang Tunggal sering digunakan oleh pihak universiti untuk menyekat, malah melarang penggunaan bahasa Cina dan Tamil dalam kampus, dan melarang penubuhan apa yang dinamakan persatuan bercirikan satu bangsa dan kebudayaan.

Justeru, diskriminasi kaum dari segi bahasa dan kebudayaan telah diamalkan dengan sewenang-wenangnya melalui kuasa pentadbiran HEP Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang kebanyakan pegawai/stafnya terdiri daripada kaum Melayu.

Hubungan etnik

Diskriminasi kaum yang menjolok ini tentu tidak memanfaatkan penjaringan hubungan etnik yang sihat dan baik dalam kampus IPTA kita.

Jika penubuhan PBTUPM dilarangkan, persepsi pihak berkuasa HEP UPM memusuhi/ mendiskriminasi bahasa dan kebudayaan Tionghua, sudah pasti akan terbentuk dalam benak siswa-siswi Cina di kampus UPM khasnya dan di benak kaum Cina di seluruh negara amnya.

Dan kepada kaum dan siswa siswi Melayu pula, dalam suasana hegemoni bahasa dan kebudayaan Melayu, mereka langsung tidak berpeluang untuk memupuk kesedaran dan semangat menghormati bahasa dan kebudayaan kaum lain sebagai hak mereka dan berminat untuk mengetahuinya dari dekat demi kepentingan integrasi antara kaum.

Jelas sekali, justeru amalan dan suasana diskriminasi kaum inilah yang merupakan punca hubungan etnik yang kurang memuaskan di kampus IPTA dan negara kita.

Jika dasar-dasar diskriminasi kaum kerajaan tidak diperbetulkan, maka sudah pasti usaha mengenalkan hubungan etnik sebagai subjek wajib di semua IPTA untuk memupuk keharmonian etnik, juga tentu menjadi mensia-siakan saja, apatah lagi bahan pengajaran yang disediakan oleh pihak IPTA – umpamanya UPM sebelum ini – juga bersikap perkauman yang berat sebelah, dan bahan ajaran yang disediakan di bawah pantauan Kabinet kini juga sedang dipertikaikan!
Sebelum kontroversi bahan pengajaran subjek Hubungan Etnik UPM yang bersifat perkauman diselesaikan, kini timbul pula isu pendaftaran PBT. Rasanya pentadbiran UPM yang jelas bersifat perkauman itu perlu dirombak semula demi menjaga imejnya yang baik.


Lee Ban Chen

http://www.malaysiakini.com/columns/62869