Saturday, September 23, 2006

I dare you to do the same...

Below is the statutory declaration of Chew Siew Fong, which was sworn before the Commissioner of Oath, Vijeya Murugasu.


AKUAN BERKANUN


Saya, CHEW SIEW FONG (No. Kad Pengenalan: 831125-08-5616) beralamat di 523, Jln 18/6, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor, dengan ini sesungguhnya dan sebenarnya mengatakan bahawa:-

1. Pada 17 Julai 2006 (Isnin), bos saya, Encik Chang Teck Peng (Ketua pengarang Merdekareview.com) menyuruh saya pergi ke Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk membuat liputan berita tentang persatuan pelajar di dalam UPM. Saya tiba di cafe k12 pada pukul 6 petang. Pada masa itu , Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) UPM sedang mengadakan kaunter perkhidmatan.

2. Pada pukul 6.30 petang, saya nampak Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Abdul Manaf bin Ariffin mengetuai kira-kira 50 orang pelajar mara ke depan kaunter perkhidmatan GMM. Timbalan pengerusi Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) kolej 12,Eddy Azuan menunjukkan kenyataan mengenai AUKU dan menyatakan kaunter perkhidmatan Mahasiswa tidak didaftarkan dan tidak boleh mengadakan aktiviti di dalam kampus.

3. GMM tidak meninggalkan kafeteria kolej 12 kerana mereka tidak membuat apa-apa. Kumpulan pelajar itu pun berundur ke tepi. Selepas 10 minit, mereka balik ke kaunter GMM.

4. Mereka dengan kasarnya menolak meja, menarik kerusi saudari Wong Chai Yi serta menolak kerusi saudara Ooi Tze Min dan saudara Ng Yong Jin sehingga jatuh. Mereka juga bersorak-sorak, menjerit, bernyanyi dan menghentak meja dengan kuat. Mereka mengepong 6 orang pelajar GMM.

5. Saya sebagai seorang pelatih wartawan, mula menangkap gambar, tetapi pelajar-pelajar yang mengepong pelajar GMM cuba menghalang saya daripada terus mengambil gambar. Mereka menggunakan kasut, bola rugby untuk menghalang saya. Saya bercakap banyak kali ”Jangan Sentuh Saya”. Mereka tidak mendengar dan terus menghampiri saya. Ada seorang pelajar Melayu yang memakai cermin mata banyak kali menganggu saya dan mendampingi saya. Saya berasa terancam.

6. Sekumpulan orang mengepong pelajar GMM. Saya seorang perempuan pula dikepong oleh beberapa orang lelaki. Saya berasa sangat takut. Mereka melakukan perbuatan yang tidak senonoh di depan saya. Tiba-tiba, ada orang menarik saya ke arah pelajar GMM. Nama dia Lee Huat Seng. Dia telah menyelamatkan saya daripada keadaan yang teruk itu. Kami tidak membuat apa-apa. Saya bersama-sama dengan pelajar GMM, berdiam diri, berdiri sahaja dan menunggu ketibaan polis.

7. Mereka terus mengepong kami. Mereka menjerit-jerit di tepi kami. Saya cuba mencatatkan perbualan mereka. Mereka merampas pen saya. Tiba-tiba, ada orang cuba merampas kamera saya dari belakang. Kamera saya terikat pada tangan kanan saya. Saya ditarik dan terjatuh bersama dengan saudari Wong Chai Yi.

8. Apabila polis tiba , saya berasa selamat dan menangis dengan kuat. Orang-orang yang mengepong kami terus mengusik saya dengan meniru cara saya menangis. Dalam seluruh kejadian, pegawai keselamatan yang bernama Yusof bin Mohaideen pun berada di tempat kejadian (kafeteria K12), tetapi beliau tidak menghalang kira-kira 50 orang pelajar daripada terus membuat kacau-bilau.

9. Selepas itu, kami pun membuat laporan polis di balai polis Sri Serdang. Saya diberitahu bahawa polis telah mengklasifikasikan kes ini sebagai kes jenayah.

10. Pada hari 28 Julai, saya telah dipanggil untuk berjumpa dengan Jawatankuasa Siasatan di Kolej Muhamed Rashid (KMR), UPM pada pukul 10 pagi. Pelajar lain yang turut dipanggil adalah saudara Ooi Tze Min, saudari Lim Sok Swan dan saudara Kam Poay Hua.

11. Penyiasatan bermula dengan meminta kami menulis semula kronologi kejadian tersebut. Selepas itu, kami dipanggil untuk memberi keterangan seorang demi seorang, di dalam sebuah bilik yang berlainan.

12. Berikut adalah percakapan apabila tiba giliran saya untuk memberi keterangan:-

a) Pengerusi Jawatankuasa Siasatan, Dr. Abdul Rahman menanya saya, ”Anda consider sendiri pelajar atau pelatih wartawan dalam kejadian kafe k12?” Saya menjawab ”Saya ialah seorang pelatih wartawan. ”

b) ”Adakah anda pelajar UPM ?” Saya menjawab ”Ya.”

c) Beliau juga tanya saya, sama ada saya telah mendapat degree saya? Saya menjawab belum.

d) ”Berapa ramai orang dikepong?” Saya menjawab ”6, 7 orang.”

e) Beliau bertanya:”Pasti?” Saya berfikir untuk seketika dan menjawab ”7 orang.”

f) ”Mengapa anda terjatuh?” Saya menjawab:” Ada orang cuba merampas kamera saya dari belakang dan saya pun terjatuh bersama dengan saudari Wong Chai Yi.”

g) ”Anda mahu laporkan ?” Saya menjawab:” Ya, kerana kamera saya cuba dirampas dan rosak.”

h) Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dr. Abdul Rahman memberitahu saya bahawa saya perlu menyatakan nama dan fakulti orang yang merampas kamera saya. Saya memberitahu beliau bahawa saya tidak kenal orang itu. Dr. Abdul Rahman pun bercakap pihak UPM tidak dapat tolong. Saya kena cari investigator.

i) Beliau juga bertanya adakah saya mendapat kebenaran untuk masuk ke UPM. Saya jawab tidak, kerana saya juga pelajar upm yang tinggal di luar kampus.

j) Beliau memberitahu saya bahawa saya tidak mendapat kebenaran daripada pihak universiti dan tidak dapat menyatakan nama orang yang merampas kamera saya, pihak universiti tidak akan bayar ganti rugi kepada saya.

k) Beliau seterusnya bertanya mengapa saya berada di kafeteria pada masa itu. Saya menjawab saya datang untuk membuat liputan tentang persatuan pelajar.

l) Beliau minta saya memberi definasi kepada ”keganasan” kerana saya menulis perkataan ”keganasan”dalam laporan saya. Saya menjawab orang-orang itu menolak orang, menjerit dan merampas kamera saya. Dr. Abdul Rahman pun berkata, ini bukan ”keganasan”, tetapi ”kasar”.

m) Dr. Abdul Rahman menanya saya mengapa tangkap gambar? Saya menjawab saya sebagai seorang pelatih wartawan, saya perlu menjalan tanggungjawab saya. Beliau bercakap: ”Kalau anda ditangkap gambar oleh orang lain, apa perasaan anda?”

n) Beliau juga menanya saya dari mana saya dapat gambar? Saya bercakap dari pelajar GMM.

o) Beliau bertanya: ”Kamera kamu telah rosak, mengapa kamu masih mendapat gambar? Ada apa niat?” Saya pun bertanya balik: ”Ada apa niat?” Beliau menjawab tidak tahu.

p) Beliau menanya saya adakah saya tahu tanggungjawab dan tugas saya? Saya menjawab saya hanya mengikut arahan bos saya. Saya hanya melaporkan kebenaran.

13. Seluruh proses penyiasatan ada direkodkan dengan kamera video.

14. Saya tidak pernah mengaku di depan Jawatankuasa Siasatan bahawa saya terjatuh atas kecuaian sendiri.

15. Saya mengatakan apa yang diakui di sini adalah dibuat secara rela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.


Dan saya membuat akuan berkanun ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.


Diperbuat dan dengan sebenarnya )
Diakui oleh penama yang tersebut di atas )
Iaitu CHEW SIEW FONG )
Di Serdang, Selangor pada 23hb Ogos 2006 )



Dihadapan saya,




...............................................
PESURUHJAYA SUMPAH

Friday, September 08, 2006

Kempen Tandatangan Pekerja Kilang akan mencapai kemuncaknya!



Kempen Tandatangan Pekerja Kilang akan mencapai kemuncaknya!
80,000 kad tandatangan daripada rakyat yang mengandungi tuntutan- tuntutan
pekerja kilang akan diserahkan kepada Perdana Menteri!

GUBAL UNDANG- UNDANG SEKARANG UNTUK MENJAMIN HAK PEKERJA!

Tarikh:
21 September 2006 (Khamis)

Masa:

10.30pagi


Berikan Sokongan & Solidariti anda dalam perjuangan pekerja kilang yang menjadi tulang belakang untuk pembangunan negara!

Untuk keterangan lanjut, hubungi: Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan(GPKK) , 72b Taman Sri Langat, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor.
Tel/ Faks: 03-387370766 Simon: 012-3290683