Pada 27hb Oktober 2005, jam 10.00 pagi, 80 pelajar dari Solidari Mahasiswa/I (SMM) telah berkumpul di tepi bangunan Kementerian Pengajian Tinggi. Mereka telah dating untuk berjumpa dengan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Dr. Haji Shafie Bin Haji Mohd. Salleh.
Pelajar-pelajar ini ingin mengadakan dialog dan memberitahu
isu-isu dan penindasan yang berlaku sebelum dan selepas pilihan raya kampus, termasuk kes-kes prosiding yang berlaku pada 8 pelajar (bilangan
pelajar menerima prosiding sedang meningkat) baru-baru ini.
Pada jam 10.08 pagi, pelajar-pelajar pun menuju ke pintu besar Kementerian Pengajian Tinggi. Apabila kami tiba, pintu besar telah dikunci dan terdapat 5 orang penjaga keselamatan berdiri di luar pintu. Mereka menanya apa tujuan kami datang. Selepas kami memberitahu tujuan kami dan meminta mereka memberitahu Dato' Dr. Haji Shafie. Mereka sangat panik dan mula menghubungi pihak atasan. Ketua penjaga keselamatan datang dan menanya tujuan kami lagi. Kami memberi jawapan yang sama dan memintanya hubungi Dato' Dr. Haji Shafie. Nampaknya Dato' Dr. Haji Shafie begitu takut berjumpa dengan kami.
Selepas itu, dua orang pegawai Kementerian Pengajian Tinggi datang, salah seorang adalah En. Irmonizam yang ada semasa kami ke parlimen untuk menyampaikan memorandum. Mereka berkata dengan sungguh marah bahawa mereka tidak menerima sebarang temujanji dari pelajar. Mereka juga berkata pelajar harus bertamadun dan perlu fax temujanji dulu. Wakil SMM, Saudara Faqar memberitahunya bahawa kami telah fax temujanji dan
kami juga menghantar memorandum kepada Datuk Dr. Adham Bin Baba.
Saya juga memberitahu bahawa kawan-kawan datang dari tempat jauh dan memang menghadapi masalah yang serius. Kami tetap meminta mereka untuk menghubungi Dato' Dr. Haji Shafie. Apabila mereka ingin masuk semula ke dalam bangunan, seorang wartawan CIJ, Rama menanya beberapa soalan kepada mereka. Mereka tiba-tiba sangat panik dan marah lalu menanya Rama akhbar apa yang dia wakili.
Selepas itu, kami semua duduk di tepi pintu besar bangunan dan mengadakan ucapan-ucapan daripada pelajar sendiri termasuk pelajar yang menghadapi prosiding. Kami juga mengangkat poster dan banner serta
melaungkan "student power". Ini telah berjaya memaksa Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan IPT, Dato. Prof. Dr Hassan Bin Said turun berjumpa dengan kami. Dia berjanji dia boleh berbincang dengan kami sekarang
juga. Oleh kerana tujuan hari tersebut adalah berjumpa dengan Dato' Dr. Haji Shafie, kami tetap memberitahunya kami ingin berjumpa dengan menteri.
Program protest kami diteruskan walaupun terdapat SB datang mengganggu kami. Lebih kurang pukul 12 tengah hari, kami menyampaikan kad gergasi Hari Raya untuk Kementerian Pengajian Tinggi dengan melalui Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan IPT, Dato. Prof. Dr Hassan Bin Said. Kad gergasi tersebut mengandungi tandatangan dan tuntutan-tuntutan daripada 80 pelajar.
Apabila kami hendak bersurai tiba-tiba, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNCHEP) UPM, Prof. Madya Dr. Azali bin Mohamed bersama pegawai-pegawai UPM datang ke Kementerian Pengajian Tinggi. Pegawai-pegawainya membuat rakaman video dan mengambil gambar pelajar-pelajar. Kami terus mejerit nama TNCHEP UPM. Kami juga memberitahu wartawan bahawa dia pernah menyerbu bilik siswi pada tengah malam 3 pagi. TNC tersebut terus masuk ke dalam bangunan dan menunggu serta melihat kami dari di dalam bangunan. Nampaknya TNC tersebut memang takut temuramah daripada wartawan.
Akhirnya, kami berjaya menghantar kad gergasi yang menagndungi tuntutan kami pada jam lebih kurang 12 tengah hari dan buat pertama kali telah mengegarkan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi dengan laungan mahasiswa-mahasiwa yang sungguh bersemangat. Demi demokrasi kampus dan Negara, perjuangan pelajar dan anak muda akan berterusan!
Kami akan kembali lagi sehingga isu kami selesai.
Hidup perjuangan pelajar!!!!!!
Disediakan oleh,
Lua Khang Wei
Gabungan Anak Muda & pelajar, JERIT
No comments:
Post a Comment