Saturday, October 25, 2008

Hikayat Musawi Mujahid dan Rakannya - Bab 2

Semasa Portugis begitu gembira tentang kekayaan mereka. Sebuah negeri barat yang kuat, Belanda telah muncul.

Belanda cuba campur tangan di Asia Tenggara disebabkan tertarik juga kepada kekayaan sumber di Asia Tenggara.

Dengan pantasnya, Belanda telah menduduki Tanah Indonesia. Belanda cuba menduduki Tanah Melayu. Belanda telah mulakan penyerangan terhadap tanah jajahan Portugis di Tanah Melayu. Dalam pertempuran, Belanda telah kalah di tangan Portugis disebabkan kedudukan strategik Tanah Melayu telah memberi pertahanan yang kuat kepada Portugis.

Pada masa tersebut, rakyat Tanah Melayu telah berpengalaman dan mula bingkit untuk melawan Portugis yang semata-mata mahukan sumber asli sahaja tanpa mempeduli kehidupan rakyat Tanah Melayu.

Tidak lama kemudian, Belanda menghantar tenteranya yang begitu ramai menyerang Portugis lagi. Portugis dipakasa menghantar kebanyakan tenteranya membalas serang. Pada ketika inilah, rakyat bangkit dan menentang Portugis. Dengan bergabungnya dua kuasa yang kuat, iaitu Belanda dan rakyat, Portugis akhirnya dikalahkan. Ketua Portugis terpaksa melarikan diri.

Beginilah, tentera Belanda telah berjaya menduduki Tanah Melayu.

Tanah Melayu telah sekali lagi jatuh ke tangan empayar barat yang baru.

No comments: