Shame on him!
Analisis/komen:
Amat hairannya dan kecewanya bahawa Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah mengeluarkan kata-kata yang tidak rasional dan profesional dari segi undang-undang dan akademik. Adakah Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah masih layak menjadi Naib Canselor UPM?
Seseorang yang tidak rasional dan profesional bukan sahaja tidak layak jadi Naib Canselor dan juga adalah tidak layak menjadi ahli akademik.
Unit keselamatan UPM mengambil komputer riba milik, telefon bimbit serta MP3 bernilai RM6,000 malam Jumaat lalu (14/9/2007) tanpa sebarang kebenaran pemilik adalah kes jenayah. Tindakan Unit keselamatan UPM adalah merupakan rompakan dan kecurian. Kes rompakan dan kecurian adalah di bawah kes-kes jenayah.
Jika Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah mengeluarkan statement menyokong tindakan unit keselamatan, ini bermaksud Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah bersuhabat dengan unit keselamatan untuk melakukan rompakan dan curian. Mereka bukan sahaja mencuri tetapi merompak!
Adakah Perompak dan pencuri boleh menjadi kaki keselamatan dan ahli akademik? Ini adalah kes hairan di Malaysia. Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah dan ketua Unit Tugas Khas (UTK) bahagian keselamatan UPM harus dibawa ke mahkamah untuk dibicari kesalahan mereka.
Selain itu, tuduhan Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah adalah sejenis fitnah di sisi undang-undang ataupun agama. Laptop (komputer riba) telah dirompak oleh UTK pada Jumaat yang lepas. Mereka boleh menghancurkan password dengan senang dan seterusnya meletakkan atau "install" apa-apa saja dokumen dan file ke dalam laptop. Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah boleh buat apa-apa saja tuduhan dengan sesuka hati. Adakah dia seorang ahli akedemik atau seorang yang rasional dan profesional? Tuduhan Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah jelas sekali menunjukkan bahawa dia telah bersuhabat dengan UTK untuk melakukan jenayah.
Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah harus letakkan jawatan atau dipecat.
Update:
Bahasa Melayu http://www.malaysiakini.com/news/72571
Universiti Putra Malaysia (UPM) mendakwa seorang pelajarnya, Yee Yang Yang telah melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) kerana menyimpan bahan lucah dan bahan cetak tanpa kelulusan pihak berkuasa universiti dalam kawasan kampus.
Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah berkata siasatan bahagian keselamatan universiti tersebut telah menemui risalah dalam bilik Yee yang dicetak oleh persatuan yang tidak berdaftar.
"Komputer ribanya juga mengandungi banyak bahan lucah," katanya dalam satu kenyataa hari ini sebagai mengulas laporan media mengenai dakwaan Yee yang pihak keselamatan universiti memecah masuk ke bilik asramanya pada 14 September 2007 dan merampas komputer riba serta lain-lain barangan miliknya.
English Version http://www.malaysiakini.com/news/72569
Universiti Putra Malaysia (UPM) vice-chancellor Nik Mustapha R Abdullah today defended the action of campus authorities in seizing a student activist’s laptop and 12 other items during a spot check on his hostel room.
Nik Mustapha said the student, Yee Yang Yang, was suspected of having leaflets produced by ‘unregistered' organisations and that his laptop contained pornographic material.
He said the authorities acted according to procedure and described Yee’s accusation that UPM was attempting to intimidate him due to his political leaning as a “lie.”
"The action taken by the UPM security department was in accordance with the rules and regulations that relate to disciplinary violations made by Yee. His accusations are lies," said the VC.
Rumusan berita dari www.harakahdaily.net:
Menurut wakil BMB yang mengedarkan risalah insiden-insiden yang didakwa berlaku di kampus UPM,salah seorang mahasiswa mangsanya adalah Yee Yang Yang yang telah dirampas komputer riba, telefon bimbit, pendrive serta beberapa dokumen-dokumen penting.
Antara keterangan risalah yang diedarkan menyebut bahawa; kejadian tersebut didakwa dilakukan semasa satu sesi soal siasat yang dijalankan terhadap Yee Yang selama dua jam selepas dipanggil masuk ke bilik mesyuarat Kolej 13 oleh Pengetua dan Felo kolej, Mohd Fakhrurazi Mustapha serta tiga orang yang tidak dikenali selepas perjumpaan bersama pengetua kolej 13 berhubung kes kehilangan telefon bimbit.
Anehnya, semasa soal siasat tersebut, beliau telah disoal tentang Persatuan Bahasa Tionhua, BMB serta risalah-risalah berkaitan PRK.
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9795&Itemid=50
No comments:
Post a Comment