Monday, December 25, 2006

Gov’t urged to lift ban on Chinese language club

Gov’t urged to lift ban on Chinese language club
Andrew Ong
Nov 30, 06 7:55pm




Their organisation has been banned for over 24 years. But it didn’t stop the students from seeking to revive the outlawed Chinese Language Society at the Universiti Putra Malaysia (UPM). However, their appeal to the campus authorities was rejected.

Today, the students took their case to the Higher Education Ministry.


Their appeal was made by a student committee set up to re-establish the organisation - which was deregistered in 1972 - through a memorandum to Higher Education Minister Mustapa Mohamed today.

The memorandum was received by Mustapa’s press secretary Amar Ikmal, who had a chat with the delegation of 25 students, comprising committee members and several other Chinese-language society members from other universities.

After the 30-minute meet however, committee representative Wong Keen Yee expressed disappointment that despite prior notification and the severity of the matter, they were unable to meet the minister personally.

“Amar said that the minister was very busy this week. However, he did say that the ministry would look into the matter,” Wong told malaysiakini.

Club forges unity


The crux of their complaint was a letter by UPM student affairs department, which rejected the application for the society’s establishment because the ministry has a policy against formation of racial or language-based associations.

The department said the policy was in place to encourage unity and integration among students.

However, repeated attempts by the committee to obtain documented proof of such a regulation from various authorities were futile, thus prompting them to raise the matter with the ministry itself.

In the memorandum, the group argued that the society aimed to promote Chinese language and culture, and its membership was open to all. It should therefore not be seen to be a racially exclusive club.

“In a country which consist of many ethnic groups and cultures, knowing each other’s language and culture can bring understanding and forge better ties among the people,” read the memorandum.

Double standards

Furthermore, the committee argued that denying the society’s registration was an act of double standards as similar societies already exists in UPM and other universities.

Examples include silat clubs (Malay martial arts), English debating clubs, Buddhist associations and Islamic students clubs.

The committee urged the university and the ministry to allow the registration of the society and show transparency in revealing the guidelines and regulations regarding the formation of such societies on campus.

In 1972, a crackdown on student activism dubbed ‘Operasi Mayang’ resulted in many student groups being deregistered, including UPM’s Chinese Language Society.

At present, only Universiti Malaya and Universiti Sains Malaysia have recognised Chinese language societies, while attempts to revive or establish such clubs exists in Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia and Universiti Utara Malaysia.

http://www.malaysia kini.com/ news/60359


Memorandum Jawatankuasa Penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Putra Malaysia Kepada Kementerian Pengajian Tinggi

Khamis 30 November 2006

Menuntut Penubuhan Persatuan Bahasa TiongHua universiti putra malaysia

LATAR BELAKANG

Kami ingin menubuhkan Persatuan Bahasa Tionghua untuk memperkenalkan budaya dan bahasa Tionghua kepada pelbagai kaum serta meningkatkan persefahaman. Selain daripada itu, penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua juga bertujuan untuk memupuk integrasi antara kaum. Oleh itu, kami telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk membuat permohonan pendaftaran Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Putra Malaysia (UPM). (Lampiran 1)

Jawatankuasa Penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua UPM telah mengirim surat yang pertama kepada Yg. Bhg. Prof. Madya Dr. Azali bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM untuk mendapatkan piawaian tentang syarat-syarat serta prosedur untuk mendaftarkan sebuah persatuan baru di bawah universiti pada 25 Ogos 2006. Surat tersebut juga menyoal sama ada Persatuan Bahasa Tionghua boleh didaftarkan di bawah universiti atau tidak. (Lampiran 2)

Oleh sebab tidak menerima maklum balas daripada pihak universiti, Jawatankuasa Penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua UPM telah mengirimkan surat yang ke-2 kepada Yg. Bhg. Prof. Madya Dr. Azali bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM pada 8 September 2006 untuk mendapat maklum balas dari pihak universiti dan surat ini telah dikirimkan sebagai salinan kepada Yg. Bhg. Profesor Dr. Nik Mustapha bin R. Abdullah, Naib Canselor UPM dan Y.B. Dato' Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi. (Lampiran 3)

Pada 14 September 2006, Jawatankuasa Penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua UPM telah mendapat surat balasan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Kandungan surat hanya menyentuh tentang prosedur untuk membuat permohonan pendaftaran, tetapi tidak dinyatakan piawaian ataupun syarat-syarat bagi sebuah persatuan untuk didaftarkan. (Lampiran 4)

Kami juga mendapat penjelasan daripada Timbalan Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Pn. Noraihan binti Noordin secara lisan tentang tafsiran pihak universiti ke atas syarat penubuhan sesebuah persatuan di bawah universiti. Beliau mengatakan bahawa, menurut Perlembagaan Universiti Putra Malaysia P.U. (A) 106 Bahagian I Seksyen 5, mana-mana persatuan yang ditubuhkan berasaskan satu jenis bahasa atau bangsa adalah tidak dibenarkan didaftar di bawah universiti. Kami hanya dijawab secara lisan oleh beliau bagi soalan-soalan yang dikemukakan tanpa diberi pernyataan bertulis tentang syarat-syarat khusus sesebuah persatuan yang dibenarkan berdaftar. Kami telah mendapatkan satu salinan Perlembagaan Universiti daripada Lembaga Perundangan UPM dan pihak berkenaan juga memberitahu kami secara lisan bahawa segala syarat pendaftaran adalah berasaskan Perlembagaan Universiti. (Lampiran 5)

Pada 26 September 2006, Jawatankuasa Penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua UPM mengirimkan surat ke-3 kepada Yg. Bhg. Prof. Madya Dr. Azali bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM untuk meminta panduan atau syarat untuk sebuah persatuan baru yang dibenarkan berdaftar di bawah universiti dan mengesahkan kenyataan secara lisan yang dibuat oleh Timbalan Pendaftar Pn. Noraihan binti Noordin. Selain daripada itu, surat kami juga menyatakan bahawa Persatuan Bahasa TiongHua UPM adalah bertujuan untuk memperkenalkan bahasa dan budaya TiongHua kepada pelajar-pelajar UPM, tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan objektif penubuhan sebegini, diharapkan pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM memberikan jawapan yang nyata dan jelas sama ada Persatuan Bahasa Tionghua boleh didaftar di bawah universiti atau tidak. (Lampiran 6)

Pada 2 Oktober 2006, Jawatankuasa Penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua UPM menerima surat daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM menyatakan bahawa penubuhan persatuan yang bercirikan bangsa dan bahasa adalah tidak dibenarkan serta memaklumkan kepada Jawatankuasa Penubuhan bahawa larangan berkenaan adalah selaras dengan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi untuk menggalakkan perpaduan erat di kalangan warganegara dan mengamalkan integrasi kaum. Surat tersebut turut dilampir keratan akhbar New Strait Times yang bertarikh 17 September 2006. Keratan tersebut menyatakan Kementerian Pengajian Tinggi tidak membenarkan penubuhan persatuan bercirikan satu bangsa, budaya dan kawasan komuniti di bawah universiti. Ia juga menyatakan bahawa pihak kementerian akan kaji semula undang-undang untuk membubarkan persatuan yang sedia ada seperti Persatuan Bahasa Melayu yang telah wujud selama satu dekad. (Lampiran 7)

Pada 25 Oktober 2006, Jawatankuasa Penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua UPM mengirimkan surat ke-4 kepada Yg. Bhg. Prof. Madya Dr. Azali bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM untuk meminta pihak universiti mengemukakan pekeliling tentang dasar Kementerian Pengajian Tinggi yang dinyatakan dalam lampiran keratan akhbar yang disertakan dengan surat balasan pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM yang bertarikh 2 Oktober 2006. (Lampiran 8)

Disebabkan tidak menerima maklum balas daripada pihak universiti, Jawatankuasa Penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua UPM telah mengirim surat kepada Y.B. Dato' Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 20 November 2006 untuk mendapat dokumen sah tentang dasar Kementerian Pengajian Tinggi yang dinyatakan dalam surat pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM yang bertarikh 2 Oktober 2006. (Lampiran 9)

Oleh sebab belum dapat maklum balas daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Jawatankuasa Penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua UPM telah mengirim surat kepada Y.B. Dato' Mustapa bin Mohamed, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi pada 24 November 2006 untuk dialog perjumpaan membincangkan perkara pendaftaran serta penyerahan memorandum. (Lampiran 10)

Pada 29 November 2006, kami menerima surat daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM untuk menjelaskan permohonan untuk memperolehi pekeliling tentang dasar Kementerian Pengajian Tinggi yang dinyatakan dalam surat yang bernombor siri UPM/BHEP/UKSA/1. Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah sekali lagi menegaskan bahawa larangan penubuhan persatuan berasaskan bangsa dan bahasa adalah selaras hasrat Kementerian Pengajian Tinggi. (Lampiran 11)

SEBAB-SEBAB

Kami membuat tuntutan kepada Kementerian Pengajian Tinggi adalah atas sebab-sebab berikut:

1. Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 Perkara 20(1) Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan jelas menunjukkan bahawa setiap individu (rakyat) mempunyai kebebasan untuk berpersatuan. Hasrat untuk mewujudkan Persatuan Bahasa Tionghua merupakan hak asasi rakyat juga.

2. Kewujudan Persatuan Bahasa Tionghua adalah bertujuan untuk memperkenalkan budaya dan bahasa Tionghua kepada masyarakat. Keahliannya terbuka kepada pelajar yang berminat pada bahasa dan budaya Tionghua, bukannya berasaskan perkauman. Jadi adalah jelas bahawa Persatuan Bahasa Tionghua bukanlah sebuah pertubuhan yang memupuk semangat perkauman serta merosakkan perpaduan kaum. Dalam sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum dan berbilang budaya, mengenali bahasa serta budaya kaum masing-masing mampu menggerakkan persefahaman sesama kaum dan seterusnya mewujudkan persaudaraan serta perpaduan di kalangan rakyat negara yang terdiri daripada berbilang kaum.

3. Tindakan pihak universiti menghalang penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua sebagai persatuan yang baru adalah tidak munasabah dan tidak wajar, sedangkan di universiti kerajaan serta swasta tempatan yang lain mempunyai Persatuan Bahasa Tionghua yang berdaftar. Persatuan Bahasa Tionghua atau persatuan asas bahasa yang lain yang berdaftar pada masa kini termasuklah Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya, Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Sains Malaysia, Persatuan Bahasa Cina Universiti Multimedia (Cyberjaya), Persatuan Bahasa Cina Universiti Multimedia (Melaka), Persatuan Kebudayaan Cina Universiti Tenaga Nasional, Persatuan Bahasa Cina Kolej Tunku Abdul Rahman, Persatuan Bahasa Cina KLIUC, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Seni Tari Budaya masing-masing, dan lain-lain. Adalah tidak munasabah bagi pihak UPM menolak akan penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua atas sebab ia merupakan persatuan yang berasaskan satu bahasa dan satu budaya.

4. Terdapat juga persatuan yang berasaskan satu bahasa, satu budaya atau satu agama yang berdaftar di bawah pihak Universiti Putra Malaysia, seperti Kelab Debat Bahasa Melayu, Persatuan Buddhist, Persatuan Mahasiswa Islam, Kelab Debat Bahasa Inggeris (DOSE), Kelab Debat (Unit Mandarin), Persatuan Seni-seni Silat (Lincah, Sendeng, Gayong), Kelab Nasyid Nahwan Nur, seketeriat kebudayaan kolej-kolej kediaman dan lain-lain. Nyata sebab yang dikemukakan oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM untuk menolak penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua UPM adalah tidak munasabah dan mempunyai pendirian yang kabur (double standard).

TUNTUTAN

Justeru, Jawatankuasa Penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua UPM menggesa pihak Kementerian Pengajian Tinggi agar menerima 3 tuntutan kami:

i) Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak Universiti Putra Malaysia menarik balik kenyataan tentang dasar Kementerian Pengajian Tinggi yang menyatakan larangan penubuhan persatuan yang berasaskan bahasa dan budaya di universiti. Sekiranya pihak Kementerian bersetuju dengan kenyataan berkenaan, ulasan harus diberi dan dokumen secara rasmi tentang dasar tersebut harus dikemukakan..

ii) Kementerian Pengajian Tinggi serta pihak Universiti Putra Malaysia mempertimbangkan permohonan Jawatankuasa untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Tionghua UPM secara adil dan saksama serta membenarkan penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua UPM dengan segera.

iii) Pihak universiti-universiti tempatan yang lain mengemukakan syarat-syarat kebenaran untuk menubuhkan sesebuah persatuan dan pertubuhan secara jelas dan terbuka, agar lebih banyak pertubuhan yang masih tidak berdaftar di bawah universiti dapat berdaftar dan seterusnya mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada mahasiswa yang merupakan harapan masa depan negara.

Wong Keen Yee
Pengerusi Jawatankuasa

Penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua

Universiti Putra Malaysia

Disokong oleh:

  1. Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya
  2. Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Sains Malaysia
  3. Persatuan Bahasa Cina Universiti Multimedia (Cyber)
  4. Persatuan Bahasa Cina Universiti Multimedia (Melaka)
  5. Chinese Community Students Committee of University Kebangsaan Malaysia
  6. Kelab Kebudayaan Tionghua Universiti Sains Malaysia (Kampus Kejuruteraan)
  7. Chinese Student Council Association Universiti Teknologi Malaysia
  8. University Utara Malaysia Chinese Students Association
  9. Persatuan Kebudayaan Cina Universiti Tenaga Nasional
  10. Persatuan Bahasa Cina Kuala Lumpur Infrastructure Universiti College
  11. Student Union of New Era College
  12. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
  13. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
  14. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
  15. Universiti Malaya Association of New Youth (UMANY)
  16. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
  17. Jawatankuasa Mahasiswa/I Universiti Kebangsaan Malaysia (JKMI)
  18. Inter Varsity Council (IVC)
  19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
  20. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
  21. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

No comments: