Friday, September 21, 2012

LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA HARI AHAD INI!

Rakan- rakan seperjuangan,

Hari ini 8 laporan polis telah dibuat terhadap Datuk Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia kerana salahguna kuasa, berniat jahat, cuba campurtangan dan mempengaruhi proses penyiasatan terhadap SUARAM. SUARAM menjemput rakan- rakan NGO dan orang awam untuk membuat laporan polis di balai polis berhampiran anda. Tekanan yang diberikan mampu membuat perubahan!

LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA HARI AHAD INI! 

Sila hantarkan salinan report yang dibuat melalui emel atau faks: Emel: righttojustice@suaram.net (Sila scan dalam bentuk .jpg, .png atau .pdf) Faks: 03-77843526

Kalau sesiapa dipanggil untuk memberi keterangan, sila hubungi SUARAM di 0133845740 @  03-77843525 untuk mendapatkan nasihat. Di bawah adalah sample laporan polis yang diguna pakai. Sila tukar yang mana berkenaan. Terima kasih!

 - – - -

ADUAN POLIS
Tarikh – 20 September 2012

Aduan terhadap – Datuk Ismail Sabri bin Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia

Aduan dibuat Oleh-

Saya membuat aduan polis ini terhadap Datuk Ismail Sabri bin Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia kerana beliau telah campurtangan dan mempengaruhi proses pendakwaan.

Tindakan Beliau mengatakan SUARAM akan didakwa sebelum siasatan tamat adalah tindakan berniat jahat dan mala-fide. Tindakan ini juga akan memberi tekanan kepada kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sedang membuat dan masih membuat siasatan.  Tindakan beliau membuat kenyataan sebelum Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa juga memperbodohkan tugasan Peguam Negara dan ia sekaligus memberi pendirian dan keputusan politik untuk mendakwa SUARAM sebelum  proses siasatan selesai.

Pihak Polis mesti menyiasat kenyataan  Datuk Ismail pada 18 sepetember 2012 dimana akhbar antara tajuk media adalah:Utusan: “Suaram akan didakwa minggu ini” dan Malaysiakini: “Minister: Suaram to be charged this week”.

Saya berharap pihak polis membuat siasatan terhadap Menteri yang tidak bertanggungjawab ini secara serius kerana beliau telah membatasi kuasa beliau dan telah mencemarkan proses siasatan terhadap SUARAM.

Anda juga boleh muat turun laporan disini.

Source: http://www.suaram.net/?p=3803

Monday, January 02, 2012

Condemn police brutality in UPSI

Police already took side. Moreover, police violent assaulted and attacked the students. The students were only holding a very peaceful assembly at the gate of Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Saturday, January 29, 2011

Sokong kuasa rakyat Mesir!

Tumbangkan kerajaan yang zalim dan jahil!

Monday, November 29, 2010

Semasa Wan Azizah membela nasib Melayu yang miskin, PERKASA belum lahir lagi!

PERKASA Arman Azha Abu Hanifah fitnah Dr Wan Azizah seperti "pelacur politik".

Tetapi saya nak ingatkan PERKASA Arman, semasa Dr Wan Azizah membela nasib Melayu yang miskin dan juga rakyat yang hidup dalam keminkinan dan kesusahan, PERKASA belum lagi lahir! Dan di mana Arman berada?

Apa yang PERKASA dan Arman pernah buat? Sekarang baru tahu buat bising pula!
Pergi tengok, duit rakyat dan kemiskinan rakyat disebabkan oleh siapa? Siapa habiskan wang Petronas???

Kesian PERKASA, kesian Arman....

Sunday, November 21, 2010

"Pro-ISA", Pengkhianat Rakyat yang sebenar!

Kira-kira 50 Pemuda Umno Pulau Pinang dan orang ramai berkumpul sekitar kompleks Komtar sebagai 'membalas' forum yang membincangkan akta ISA.

Peserta perhimpunan 'pro-ISA' - dipimpin ketua Pemuda Umno negeri Norman Dhalan dan Naib Presiden Persatuan Peniaga Komtar Abdul Ghani Mohammad Jiman - menjeritkan slogan "Hidup ISA!", "Halau pengkhianat!" dan "Hanya pencuri dan penyanggak takut ISA".

Mereka ini Pemuda UMNO lah benar-benar ialah pengkhianat rakyat dan negara!
Mereka sokong ISA kerana ingin menggunakan ISA untuk menutup kebenaran dan keadilan.

"Pro-ISA", pengkhianat yang sebenar!

Sunday, October 31, 2010

[Reprint]Bina Kuasa Rakyat, Kuburkan Hegemoni UMNO

Persoalan di hadapan kita:

Penganjur telah bertanyakan tiga soalan yang cukup relevan, iaitu -

1) Adakah kerajaan BN yang diterajui oleh Najib adalah sebuah regim fasis atau menuju ke arah fasis?

2) Apakah pula pendirian yang harus rakyat pelbagai kaum pegang terhadap regim tersebut?

3) "Di manakah jalan keluar Rakyat jelata dibawah pemerintahan regim fasis?"

Persoalan ini cukup tajam dan jitu. Namun saya hendak menambah dua lagi soalan yang ada kaitan dengan tiga soalan di atas, dan dua soalan ini adalah persoalan yang paling pokok untuk zaman transisi ini:

1. Adakah rejim UMNO-BN akan tumpas?

2. Adakah mereka akan hilang kuasa secara aman dan senyap atau mereka akan lawan sehingga akhir?


Bacalah jawapannya di

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11219!

Saturday, October 23, 2010

Go ahead, French strike!

French strike! Good fight! Fight the oppression!
Workers, students and the people all over the world, let's follow!
One country follow by another country, start our strike! Solidarity for change!